Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. ^_^
Sebelum kita pergi kepada tips senantiasa sihat, saya ingin mengajak anda berfikir sejenak melalui kata-kata di bawah.
~ Saat hati berkata 'ingin', namun Allah berkata 'tunggu'.
Saat air mata harus menitis, namun Allah berkata 'tersenyumlah'.
Saat segalanya terasa 'membosankan', namun Allah berkata 'teruslah melangkah'.
Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.
Bukan mudah tersenyum ketika hati sedang menangis, tetapi akan terasa mudah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi. ~
Di hari yang baik ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tips untuk senantiasa sihat agar kita sentiasa sihat untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan baik di muka bumi Allah ini.
Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang penting untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sekiranya anda mengamalkan pengambilan makanan seperti turutan piramid makanan, insyaallah dengan izinNYA anda semua akan sihat dan bebas daripada penyakit.
Piramid makanan
Berikut merupakan gambarajah piramid makanan. Jom sama-sama kita mengamalkan pemakanan sebegini untuk tubuh badan yang sihat walaupun secara jujurnya, saya akui susah untuk diamalkan.
_________________________________________________________________
Di sini juga, saya kongsikan beberapa tips untuk sentiasa sihat :
1. Makan makanan berkhasiat.
Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.
2. Bersenam dan minum air putih.
Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ?. Jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.

3. Cuci muka sebelum tidur.
Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit.
Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit.
4. Tidur yang cukup.
Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!
5. Lindungi kulit daripada matahari.
Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim sebelum anda keluar rumah setiap hari.
_________________________________________________________________
Perkongsian ini diharap dapat membantu anda semua untuk menjaga tubuh badan untuk sentiasa sihat demi kepentingan bersama.
Sama-sama kita amalkan tips untuk senantiasa sihat. ^_^
Buat renungan bersama :
Jaga hati, jaga minda, jaga diri... insyaallah hati kita akan senantiasa sihat dan bersih..
Wassalam..
~Masthurah Binti Muhammad~
0 comments:
Post a Comment