Uihhhhhhh……………bau
apa ni??????
Laaaaaaaaaaa……..tempoyak
rupanya….. J
Sekarang sudah sampai musim durian,
oleh itu ramai yang akan menjual durian di pasar mahupun di tepi-tepi jalan.
Jika pada waktu bukan musim durian, sudah semestinya harga durian melambung
tinggi sehingga RM8 sekilo. Namun begitu, apabila sudah tiba musim durian, buah
tersebut dijual dengan harga yang murah. Terdapat peniaga yang terpaksa jual
dengan harga RM20 sebakul besar durian.
Terlalu banyak durian mahu dibuat
apa? Jika kata hendak dimakan, mahu panas badan dibuatnya. Jika disimpan untuk
dimakan seminggu sudah semestinya durian akan berair. Hal ini kerana durian
hanya bertahan dalam 3 hari dari hari ia gugur. Oleh itu, inisiatif yang boleh
digunakan ialah dengan membuat tempoyak.
Isi durian ini perlu diasingkan daripada bijinya dan di
simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai
tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di
buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin
atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular. Tempoyak didapati mempunyai kandungan
bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga
pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel
penuh. atau API 50 CH.
Diperhangatkan Oleh,
@m@r @syr@f
0 comments:
Post a Comment