Air barli, sirap barli, barli suam, barli sejuk, bla...bla...bla................
Selalu pergi ke kedai makan, ini lah antara minuman yang akan dipesan, Abe!!! wi barli suam so!!!!! Hok aloh, kecek klate ambo...hahaha............ Jadi, pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua dan untuk diri saya juga apakah khasiat BARLI. Sebelum itu, kita berkenalan dahulu. :-)
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isirung atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin Bdan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepadaibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.
Malah dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barliyang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.
secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
- mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
- Mengurangkan kadar kolesterol
- Mencegah kanser
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Menyejukkan badan
- Memelihara buah pinggang.
- Melawaskan kencing.
- membantu melancarkan penghadaman.
Thats all.. Syukran!!
Noorhamimi Awang
0 comments:
Post a Comment