Subscribe:

Monday 24 December 2012

SATE

Alhamdulillah.. Kenyang sudah.. Baru balik dari keluar makan bersama rakan-rakan.. Seronok sangat. Paling seronok apabila makanan yang dipesan menepati citarasa kita sendiri. Antara menu yang dipesan tadi adalah tomyam campur, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin serta telur dadar. Paling best sekali adalah sate. Emmm...masih terasa nikmat kesedapannya. 

Seperti yang kita tahu sate di Malaysia mempunyai pelbagai jenis. Ada yang masih tidak mengenali sate? mustahil bukan. Hampir semua dari kita sangat mengenali makan enak terse ut,  Antaranya sate ayam, sate daging, sate perut, sate kijang, sate rusa dan sebagainya. Sate yang paling ramai diminati oleh semua golongan adalah sate ayam. Sate daging juga turut menjadi pilihan pelanggan tetapi sate daging selalunya liat. Sate akan dihidangkan bersama timun dan juga bawang besar bagi menyeimbangkan rasa dan khasiatnya. 

0 comments:

Post a Comment