Selamat bertemu kembali semua...^_^
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera..
Bila tangan mula mengedit buku resepi, pelbagai pilihan warna terbayang di depan mata untuk mencantikkan buku resepi. Rambang mata dibuatnya, tetapi pilihan warna saya tetap pink, turqoise dan ungu. Entah kenapa, melihat warna tersebut pasti nampak cantik (pandangan mata saya).
Kali ini, saya ingin berkongsi berkaitan rahsia warna pilihan. Sekadar perkongsian dan suka-suka sahaja.
_________________________________________________________________________________
MERAH
MERAH
berani, emosional, tegas, tamak, dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, dan tegas.
HIJAU
Suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
_________________________________________________________________________________
Namun diingatkan,ini hanya sekadar kajian yang dilakukan oleh pihak tertentu.
Bagi saya, apa pun pilihan warna yang kita minati, itu tidak menggambarkan siapa diri kita.
Yang menggambarkan perihal diri kita ialah diri kita sendiri samaada inginkan positif atau negatif.
Wassalam..^_^
Coretan,
Masthurah Binti Muhammad
0 comments:
Post a Comment