Subscribe:

Sunday, 23 December 2012

BUFFET DAN HIDANGAN KERAIAN

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, telah selesai kesemua amali untuk semester kali ini. Kelas amali terakhir ini sangat memberi makna kepada kami. Untuk kelas amali yang terakhir ini menghidangkan secara buffet bagi hidangan keraian. Antaranya menu Hari Raya, menu Hari Jadi, menu Majlis Perkahwinan serta menu Tahun Baru Cina. Semua tugasan dan kerja dilakukan secara bersama. Kami sama-sama berganding bahu untuk menyediakan hidangan buffet ini. Tiada menang tiada kalah kalah, tiada persaingan tiada perlawanan. Semuanya sepakat dan bermuafakat bagi menyediakan hidangan pada kali ini. Berbaloi rasanya dengan penat lelah selama ini. Selalunya lepas kelas amali, balik sahaja ke rumah, katil lah yang akan dicari dulu. Apapun kami rasa sangat berbaloi dan bertuah berada dikelas ini dan dapat mencipta kenangan yang idah bersama rakan-rakan kelas yang lain. Banyak perkara yang dapat dipelajari tentang masakan. Tidak kira di kelas amali mahupun teori. Semuanya sangat berguna dalam kehidupan seharian. Kami seronok dan gembira dengan kelas penyediaan makanan timur ini. Kenangan yang terindah, yang akan disemat dan disimpan agar tidak pudar diingatan. TERIMA KASIH PUAN SU dan PUAN IDA.. Terima kasih dengan ilmu yang dicurahkan... Kami memohon maaf atas segala kesilapan yang kami lakukan sedar ataupun tidak sedar. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu dan ketika. Kami akan sentiasa rindukan gurau senda di kelas penyediaan makanan timur ini. 


Doakan kejayaan kami sentiasa. 


IKHLAS DARI KAMI : MIMI, AMAR, MAS




0 comments:

Post a Comment