Assalamualaikum dan salam sayang buat semua..
Coretan kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa petua di dapur. Jika anda masih ingat, di awal coretan yang lepas saya pernah berkongsi tentang laman petua nenek. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa petua. Petua ini saya perolehi melalui bacaan saya di majalah wanita edisi november-disember 2012.
Coretan di bawah, saya terangkan secara ringkas beberapa petua yang boleh diamalkan. Ikuti petua daripada beras, cili kering sehinggalah nasi lemak. Selamat mencuba. ^_^
Beras
Beras adalah sumber utama yang berprotein tinggi. Beras juga merupakan salah satu bahan yang perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan kehadiran bubuk kerana bubuk atau kutu beras ini boleh merosakkan kualiti beras tersebut. Anda boleh meletakkan daun pudina ke dalam tempat simpanan beras sebagai alternatif untuk mengelakkan bubuk.
Cili kering
Umum mengetahui, cili kering merupakan asas kepada semua masakan. Cili kering boleh menyebabkan masakan menjadi lebih sedap dengan warna merahnya beserta rasanya yang pedas. Di sini, saya ingin berkongsi cara untuk menghancurkan biji cili melalui kaedah ini. Caranya ialah, anda perlu curahkan dua sudu minyak kelapa ke dalam mesin pengisar yang telah dimasukkan cili terlebih dahulu. Kemudian, barulah kisar cili tersebut.
Nasi lemak
Nasi lemak merupakan salah satu menu makanan utama masyarakat Malaysia. Hasilnya pasti memuaskan hati jika dimasak sendiri kerana kena dengan selera yang dikehendaki. Untuk menu nasi lemak ini, saya kongsikan kaedah untuk memastikan nasi lemak yang dimasak tahan lama iaitu gunakan santan kelapa yang diparut atau dikukur. Kemudian, masak nasi serta santan pada api sederhana besar. Biarkan ia masak dengan sempurna.
Terima kasih kepada pengunjung blog yang sudi membaca coretan saya.
Semoga apa yang dikongsikan dapat menambahkan pengetahuan kita bersama.
Sesungguhnya apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.
Sama-samalah kita mensyukuri nikmat yang telah diberikanNYA.
Amin. ^_^
Insan Yang Diberi Nama,
MASTHURAH BINTI MUHAMMAD
0 comments:
Post a Comment