Subscribe:

Monday 24 December 2012

Kesan Gula



Assalammualaikum W.B.T ....... 

Memandangkan pada bulan Disember ini ramai pula rakan-rakan yang menyambut hari lahir mereka jadi saya ingin bercerita mengenai menu wajib apabila menyambut hari jadi atau hari lahir. Apakah menunya?? Tentulah kek hari jadi yang merupakan menu yang mesti ada apabila menyambut hari jadi. Kanak-kanak sangat mengemarinya termasuklah sesetengah remaja dan orang dewasa.  


KEK!! 

Sedap, 
Manis, 
Lemak berkrim disukai ramai. :-) 


Tahukah kesannya jika makan berlebihan?

Kek mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan risiko menghadapi penyakit diabetis atau kencing manis. Gula ini juga boleh menyebabkan kepada kegemukan atau obesiti jika dimakan secara berlebihan. Obesiti ini satu risiko yang boleh juga menyebabkan diabetis serta sakit jantung.

Jadi beringatlah..
Boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang sederhana dan jangan berlebihan. Islamkan menyuruh kita jangan membazir, mesti ada sebab dan musababnya. 

Jadi bersederhanalah dalam apa jua. Jagalah kesihatan diri bagi menggalas tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH S.W.T 

Syukran!!!

Coretan,
Noorhamimi Awang 


0 comments:

Post a Comment