Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera semua..^_^
Semoga anda semua sihat sentiasa dalam melalui kehidupan hari ini dan mendatang..
Senantiasa jaga kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga tersayang..
Ruangan kali ini, saya ingin ceritakan kepada anda semua tentang daun salad.
Daun salad sebenarnya merupakan salah satu sayuran yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Salad (Lactuca sativa) merupakan dalam keluarga daisi Asteraceae. Salad selalunya tumbuh sebagai sayur sayuran berdaun. Di kebanyakan negara, salad dimakan sejuk dan mentah di dalam hidangan salad, hamburger, taco, lain lain hidangan. Di beberapa tempat, seperti di China, salad selalunya dimakan dengan memasak dan pentingnya batang pada sayuran sama seperti pentingnya daun. Nama Inggeris dan nama Latin bagi genusnya asalnya diambil daripada perkataan lac, perkataan Latin untuk "susu", merujuk kepada jus tumbuhan tersebut yang "bersusu". Salad dijelaskan sejak berabad yang lalu sebagai sejenis tumbuhan penyejuk yang seimbang kepada bahan-bahan lain yang dicampurkan dalam salad.
Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur.
Antara menu makanan yang boleh dihidangkan dan dimakan bersama salad ialah nasi ayam, laksa serta nasi berlauk di mana salad boleh dijadikan sebagai ulam-ulaman.
Jadi, amalkan makan daun salad sebagai salah satu sayuran utama dalam makanan seharian anda.
Sekian sahaja untuk kali ini..Insyaallah, bertemu lagi kita di lain waktu..^_^
Nukilan,
Masthurah Binti Muhammad
0 comments:
Post a Comment