Mari berpantun!!
Ada ubi ada batas,
Batas habis dilanggar ILA,
Ishhh3......kesian batas tu...
hahahaha.......
(sori ila, guna nama jap, apa yang ada dihadapan itulah yang ada difikiran.. :-)
Ada macam berpantun tak??
:-)
Sudah!! kita ke topik utama kita.....
(sambil tutup suis lampu dan membiarkan cahaya matahari yang masuk dari celah jendela)
Suasana petang yang kadang-kadang mendung dan terang serta kadang-kadang bunyi kicauan burung-burung berterbangan. Ku lihat ke luar jendela. Titisan-titisan hujan jatuh ke muka bumi. Ku terpaku sebentar apabila melihat kedua orang tua mungkin suami isteri agaknya berjalan beriringan. Jiwa dan fikiranku terus menerjah ke kampung halaman. Rindu pada ibu dan ayah. Sambil-sambil menyelak laman sesawang satu persatu, ku terpana apabila melihat warnanya. Jiwa ku bergelora untuk melihat apakah ia.
YA!! dapat!!!!
Ohh... laksa pangkor rupanya.. :-)
hahahahhaa...... saja buat suspen :-)
Pernah makan laksa pangkor?
Mungkin makanan ini kurang dikenali di negeri lain. Tetapi bagi saya ia cukup terkenal. Mungkin rumah saya yang berhampiran dengan kawasan peranginan ini.
Laksa pangkor ini bukan macam laksa utara, laksa johor, semuanya bukan. Ia dimakan dengan sup. Unik bukan. Supnya dibuat seperti sup biasa. Apa yang unik adalah bahan yang digunakan. Untuk laksa pangkor, bahan utama untuk membuat sup adalah makanan laut seperti udang, ketam ataupun ikan kembung. Lebih menyedapkan apabila menggunakan ketam. Rasa manisnya ketam serap kedalam sup. Sangat menyelerakan. Bagi bahan sampingan lain, laksa pangkor ini juga dimakan bersama kacang panjang yang telah dipotong halus dan digoreng bersama kicap. Tumis bawang merah terlebih dahulu. Macam buat sayur goreng biasa sahaja. Kemudian dimakan juga bersama sambal tumis kosong. Tidak perlu dicampur ikan bilis atau sebagainya. Kemudian apa yang penting adalah laksanya. Kalau ditempat saya, tidak dipanggil laksa pangkor. Tetapi dipanggil laksa mi.
Cara makannya pula bukan seperti bihun sup, mi sup dan bahan berkuah yang lain. Tetapi perlu meletakkan dahulu laksa mi ke dalam mangkuk atau pinggan, kemudian bahan lain seperti kacang panjang goreng dan juga sambal tumis. Kuah hanya diletakkan sedikit sahaja sekadar membasahkan laksa mi tersebut. Kemudian sambal tumis yang diletakkan tadi akan digaul bersama laksa mi dan kacang panjang goreng sehingga berpalut. Huhh.... sambil berceritapun saya dah terbayang keenakannya. Resepi yang tepat saya tiada. Hidangan ini sangat mudah disediakan dan bahan-bahannya pula tidak sukar dicari.
Gambar Ihsan dari google
Kalau dilihat pada gambar ini, kacang panjang goreng tidak di goreng bersama kicap. Jika digoreng bersama kicap lebih sedap, dicampur pula dengan lobak masin.emmm...memang terangkat. Sambal tumisnya pula ada dicampur dengan bahan lain. Tetapi apa yang selalu saya lihat dan ibu saya buat hanya sambal tumis kosong. Sup yang seperti kita lihat pula seperti meletakkan serai. Kalau ikutkan saya, saya tidak meletakkan serai tetapi hanya halia. Seperti membuat sup biasa. Kemudian, taburkan sedikit daun bawang dan daun sup untuk menambahkan aroma dan rasa. Lihat gambar ini pula.
Ihsan dari google
Kuah diletakkan banyak. Sesetengah orang suka, sesetengah tidak. Tapi saya lebih suka meletakkan kuah yang banyak untuk hilangkan rasa pedas sambal tumis.
Inilah rupa laksa mi atau laksa pangkor bagi yang belum mengenalinya.
Siapa nak rasa, jemputlah datang kerumah dan saya sendiri akan suruh mak saya buat.............hahahaaa.....apa punya anak la... :-)
Itu sahaja untuk perkongsian diruangan ini..
Syukran!!!
Coretan,
Noorhamimi Awang
0 comments:
Post a Comment