Subscribe:

Monday, 24 December 2012

Makanan Segera


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera semua..  ^_^
Kali ini, saya hendak berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan bahayanya makanan segera.
Pasti anda semua tahu tentang makanan segera. Makanan segera merupakan makanan yang senang dan mudah disediakan, contohnya maggi, minuman bergas, burger dan lain-lain.
Di ruangan ini, saya sertakan beberapa info tentang makanan segera.
Jom sama-sama kita fahami dan elakkan makanan segera demi kesihatan kita semua.

Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.

Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, 
diabetes, jantung dan kanser.

Apa itu makanan segera? 
Menurut sumber wikepedia makanan segera didefinisikan sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.

Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan.

Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.
Melalui info di atas, jelas menunjukkan makanan segera mempunyai banyak keburukann yang boleh mengundang bahaya kepada tubuh badan kita.
Jadi, sama-samalah kita mengelakkan daripada mengamalkan pemakanan yang tidak sihat ini.
Wassalam.. ^_^
Coretan,
Masthurah Binti Muhammad

0 comments:

Post a Comment