Sebelum
ini saya menerangkan berkenaan Gulai asam rong, tetapi sya terlupa anda pasti
tidak mengetahui apa itu asam rong.. Tunggu sebentar, sekejap lagi anda akan
tahu apa itu asam rong. J
ROM berasal dari buah perah, Buah ini
hanya tumbuh didalam hutan. Pokoknye besar seperti pokok balak. Selalunya, buah
ini hanya ada pada musim panas sahaja. Untuk menghasilkan rom ini perlu dibuat oleh orang yang betul
-betul pakar. Jika tidak ia boleh membawa maut. Buah perah ini jika tidak
diproses boleh memabukan. Buah perah ini lebih kurang seperti buah getah, bezanya ia bujur dan berwarna
kuning coklat. Namun begitu, terdapat juga yang membuat rom menggunakan buah
getah tetapi hasilnya kurang “POWER” berbanding buah perah. Buah perah di kupas
dan dijemur beberapa hari untuk hilang getah mabuknya. Setelah kering, ia perlu
ditumbuk hingga keluar minyak sedikit. Selepas itu simpan didalam bekas, dan
dalam tempoh beberapa minggu ia sudah boleh digunakan.
Inilah buah perah........
Ini pula buah perah yang telah diproses menjadi rom......
Dah tahukan, Lega............................................................ :)
Diperhangatkan Oleh,
@m@r @syr@f
0 comments:
Post a Comment