Subscribe:

Monday, 24 December 2012

Info Dara


Hai semua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernahkan anda mendengar mutiara kata sebegini.

‘ kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata ‘

Sejenak berfikir, kata-kata ini sebenarnya menggambarkan diri kita saat sama-sama berjuang di bumi Tanjung Malim.

Insyaallah, pengorbanan dan perjuangan yang kita lakukan hari ini pasti ada hadiahnya. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan kita selepas ini.
Kali ini, saya ingin berkongsi beberapa info yang saya ambil melalui majalah Dara.com. Info ini saya namakan Info Dara.


1.      Bermimpi adalah normal, tidak kira ia mimpi indah atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
2.      Kita sebenarnya melihat dengan otak. Mata hanya sebagai kamera yang mengirimkan data ke otak. Satu perempat bahagian dari otak digunakan untuk mengaturkan kerja mata.
3.      Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.


4.      Nama kereta Nissan berasal dari bahasa Jepun. Ni : 2 dan San : 3. Nissan :23.
5.      Pada tahun 1830-an, sos tomato lazimnya dijual sebagai ubat.
6.      Sehelai rambut di kepala mempunyai masa untuk tumbuh antara dua hingga enam tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.


7.      Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Mereka akan marah dan akan menyengat dirinya sendiri.
Apabila difikrkan, info yang diutarakan ini sememangnya telah diperakui berdasarkan kajian yang telah dilakukan.
Sekian sahaja untuk kali ini, sekadar perkongsian bersama.
Wassalam. ^_^
Daripada saya,
Masthurah Binti Muhammad

0 comments:

Post a Comment