Subscribe:

Monday, 17 December 2012

JENIS-JENIS PES KARI

Assalammualaikum w.b.t

Kami ingin kongsikan kepada anda beberapa jenis pes kari yang sering digunakan dalam masakan terutama masakan Thailand. Seperti kita sedia maklum bahawa kebanyakan masakan Thailand menggunakan pes kari yang telah siap diproses. Terdapat beberapa jenis pes kari iaitu :

Pes kari merah
  • Kombinasi cili merah, ketumbar, jintan putih, bawang merah, bawang putih, lengkuas, daun ketumbar, lada sulah serta belacan. 
  • Kegunaan : memasak daging dan ayam.

Pes kari hijau
  • Daripada cili hijau, ketumbar, jintan putih, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, belacan, serai, daun limau purut dan daun pudina.
  • Bau pes kari hijau sangat kuat. 

Pes kari kuning
  • Campuran kunyit hidup dan pes kari merah.
  • Kegunaan : memasak ayam, daging, ikan dan juga makanan laut seperti udang dan sotong. 

Pes kari mussaman
  • Rasanya lebih lembut.
  • Campuran cili kering, ketumbar dan jintan putih.
  • Kegunaan : Memasak daging


Thats all........ :-)

0 comments:

Post a Comment