Subscribe:

Wednesday, 28 November 2012

Khasiat Minyak Bijan & Biji Bijan


Hai semua..bersua kembali dalam coretan East Style..
Kali ini, saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang khasiat minyak bijan dan biji bijan..

Sebelum itu, tanya diri anda semua dahulu adakah anda mengenali apa itu bijan?
Jika anda tidak pernah melihat dan mengenali apa itu bijan, jom kenali bijan melalui gambar dan input di bawah.

Biji bijan 

Pokok bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan manusia. (Dengan kata lain ia mampu mengikis usus perut kita).

Pokok bijan

Terdapat 3 jenis biji bijan di dunia ni iaitu hitam, putih dan merah. Antaranya ialah:

Jenis Bijan Hitam

Dapat menghasilkan kualiti minyak yang  terbaik.
- Amat sesuai untuk tujuan perubatan.
Jenis Bijan Putih
Kaya dengan kalsium.
- Amat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah kekurangan kalsium.
Jenis Bijan Merah
- Kaya dengan zat besi.
- Biji-bijian bijan ini kaya dengan vitamin A dan E, protein dan lemak.
- Juga mengandungi 55% minyak yang amat popular dalam masakan cina.

Khasiat Minyak Bijan

- Mampu melegakan dan melembutkan kulit.
- Boleh dijadikan tonik berkhasiat.
- Sebagai ubat julap.
- Sebagai ubat diuretik (ubat yang dapat mempercepatkan pembentukan urin).
- Menghitamkan rambut.
- Mengatasi masalah rambut kering.
- Masalah rambut beruban.
- Mampu menguatkan tubuh badan.
- Baik untuk hati dan limpa manusia.
- Sebagai bahan ganti untuk minyak zaitun untuk kegunaan luar.
- Sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.


Tidak dapat dinafikan bijan mempunyai banyak kegunaan selain digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih-muih. Ramuan yang dihasilkan daripada daun dan akar pokoknya juga boleh dijadikan sebagai pencuci rambut.
_____________________________________________________________________________
Merawat Penyakit Buasir
- Hancurkan biji bijan, campurkan dengan air dan mentega lalu diminum.
- Amat sesuai bagi mereka yang mengalami buasir berdarah.

Sebagai Alat Tuaman

- Panaskan biji bijan dan bungkuskan dalam kain, tuam ditempat yang sakit.

Masalah ulser,Terbakar dan Melecur

- Campurkan minyak bijan dengan air limau dan sapukan ditempat sakit.

Penyakit Anemia (kurang darah)

- Rendam biji bijan hitam dalam air suam selama beberapa jam.
- Kemudian keringkan dan digiling halus.
- Campurkan 1 sudu kecil serbuk biji bijan hitam bersama segelas susu.

Masalah Disenteri & Diarea (Cirit-birit) yang kronik
- Ambil 2 sudu bijan dan goreng tanpa minyak.
- Kisar halus sehingga menjadi serbuk.
- Campurkan dengan 1 sudu minyak sapi (ghee).
- Bahagikan kepada 3 bahagian.
- Campurkan 1 bahagian dengan susu kambing panas.
- Minum 3 kali sehari selama 6 hari.

Penyawar Sakit Haid
- Biji bijan digoreng tanpa minyak.
- Kisar halus sehingga menjadi serbuk.
- Campurkan 1 sudu teh serbuk bijan dengan air panas.
- Minum 2 kali sehari.

Hilangkan kelemumur

- Basahkan rambut.
- Ambil serbuk biji bijan dan lumurkan di kepala seperti menggunakan syampu.

____________________________________________________________________________

Sekian sahaja untuk coretan kali ini..Sama-samalah kita manfaatkan khasiat minyak bijan dan biji bijan.
Bersua kembali dan nantikan coretan seterusnya di lain masa.^_^

Akhir kata daripada saya, buat renungan kita bersama :

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar/ berpengaruh sekalipun.


CORETAN SAYA,
MASTHURAH BINTI MUHAMMAD

0 comments:

Post a Comment