Assalammualaikum w.b.t
Anda luar biasa hebat pada hari ini??? alhamdulillah.. Selesai sudah kelas amali yang kelima. Pada minggu kelima ini kami dikehendaki menyediakan menu set makanan Melayu iaitu nasi tomato yang dihidangkan bersama ayam masak merah dan acar rampai. Selain itu, kami juga menyediakan menu pembuka selera iaitu rojak buah.
Seperti yang sedia maklum, hidangan Melayu merupakan hidangan yang mempunyai pelbagai rasa. Manis, masam, masin dan juga pedas. Menu hidangan Melayu juga mempunyai pelbagai warna. Mari kita kenali satu persatu hidangan yang kami telah sediakan.
Hidangan............emmmmmmm..... (alamak idea hilang, atien maravilla kaco...huhhh... buat debo je.....hahaha......) sambung balik ye....
Hidangan yang pertama adalah nasi tomato yang telah dimasak oleh Masthurah. Semasa menyediakan nasi tomato, terdapat beberapa perkara yang menjadi kekeliruan kepada kami. Kami mengikut setiap langkah-langkah didalam resepi dari mula hinggalah habis. Kami keliru dengan kuantiti air yang diperlukan. Mengikut resepi, kuantiti air yang digunakan sebanyak 100 ml. Tetapi apabila kami mengikut sukatan tersebut, nasi masih mentah. Jadi kami tambahkan kuantiti air. Mungkin kami terlebih menambah air, nasi menjadi agak lembik. Tekstur nasi juga agak hancur mungkin kerana kami terlalu mengacaunya bagi mengelakkan nasi berkerak atau hangit dibawahnya.
Masakan seterusnya adalah ayam masak merah. Alhamdulillah, masakan ayam masak merah menjadi setelah diperbaiki rasanya. Pada mulanya, ayam masak merah yang disediakan sangat pedas. Tetapi atas nasihat dan tips dari pensyarah kami gunakan untuk memperbaiki rasa ayam masak merah tersebut. Caranya kami mainkan antara garam dan gula agar mendapat rasa yang seimbang dan yang diinginkan.
Seterusnya adalah kami menyediakan acar rampai. Apa yang diperlukan dalam membuat acar rampai ini adalah saiz potongan lobak merah dan timun perlulah sama. Kemudian kami rendamkan dengan ais bagi mengekalkan kerangupannya sebelum dimasak.

Inilah hasil hidangan kami setelah bertungkus-lumus menyediakannya. Persembahan seperti hiasan di atas nasi iaitu taburan daun bawang tidak diletakkan pun tidak mengapa. Taburan bawang goreng sudah memadai kerana sudah terdapat warna hijau iaitu daun pisang dan taburan daun bawang pada ayam masak merah.
Hidangan pembuka selera pula adalah rojak buah. Antara buah-buahan yang digunakan adalah nanas, mangga, sengkuang dan timun. Apa yang utamanya dalam rojak buah ini adalah kuah rojak tersebut. Kuah rojak yang kami telah sediakan sangat pedas dan warnanya agak merah. Mungkin terlalu banyak cili kering yang digunakan. Walaubagaimanapun, kami jadikan kelemahan ini sebagai pengajaran kepada kami supaya selepas ini kami dapat perbaiki serta lebih fokus dan peka terhadap rasa, tekstur, rupa, tatasajian dan juga persembahan makanan kami. Terima kasih segala tunjuk ajar daripada pensyarah. :-)
Kuah rojak ketika dimasak
Rojak buah yang sudah sedia untuk dihidang
Tatasajian
Terdapat beberapa kesalahan iaitu :
1. Sudu yang digunakan untuk pembuka selera iaitu rojak buah adalah salah.
2. Piring yang digunakan untuk rojak buah adalah salah. Perlu menggunakan piring bulat bukan piring bujur.
Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa kelemahan, kami tetap berjaya menyelesaikan tugasan kami ini. Apa yang penting??? KERJASAMA!!!! ehh.... ada pula yang menyaut...hahaha.... Jumpa pada amali berikutnya. Jaga diri., jaga mata, jaga hati...
Wassalam... :-)
0 comments:
Post a Comment