Subscribe:

Friday, 23 November 2012

Ikan Pekasam Bondaku (PART 2)

Assalammualaikum w.b.t ... 

Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dalam ruangan ini. Sebelum itu, saya terasa ingin berpantun pula. Kalau boleh balas silakan.. :-) 

Dalam ungkapan ada katanya,
Dalam bicara ada manisnya,  
Dalam makanan ada rasanya, 
Tepi hidangan ada tukang perabihnya...
hahaha... :-)

Ini kes tak tahan dengan wangian ikan pekasam bondaku. Ruangan lepas saya telah ceritakan resepi dan cara penyediaan ikan pekasam. Untuk ruangan kali ini, seperti yang telah dijanjikan, saya ingin berkongsi kepada anda semua ikan pekasam yang telah siap digoreng dan juga dihidangkan. Tetapi sebelum itu, saya ingin tunjukkan dahulu beras yang telah digoreng dan juga telah ditumbuk. 


Beras yang telah ditumbuk. 

Seterusnya saya ingin tunjukkan pula ikan pekasam yang belum digoreng. Inilah dia...


Beras dan garam akan bersalut pada ikan setelah beberapa hari. Tetapi mesti ingat, jika inginkan ikan pekasam tahan lama, ikan tersebut perlulah dicuci dengan bersih sebelum "dipekasamkan". Jika tidak, ikan akan berulat semasa ia disimpan. Rasa masam pada ikan adalah terhasil daripada asam keping yang dicampur sekali. Ikan pekasam ini tidak perlu dibasuh jika ingin menggoreng. Hilanglah kesedapannya. Beras hancur pada ikan pekasam itulah yang menaikkan kelazatan, keenakan dan kewangiannya. Jadi, jika sudah yakin ikan pekasam anda menjadi, bolehlah digorengkan dan hasilnya WAHHHHHHH!!!!!!!!........



Awat dok ternganga tu?? tutup mulut tu....... nak la tu...hehe.. :-)

Ikan pekasam yang telah digoreng bersama cili kering dan bawang merah yang dihiris. 
Inilah hasil air tangan ibondaku yang asli. 

Walaupun rupamu tidak secantik pavlova, tetapi rasamu tetap menjadi pujaanku..haha.... :-)

Apapun selamat mencuba!!

Sebelum itu, sedikit kata-kata nasihat untuk anda dan diri saya juga. Setiap manusia ada kelemahannya. Setiap manusia ada kelebihannya. Macam ikan pekasam ini juga. Ada kelemahan dan kelebihannya. Rasanya sedap, tapi rupanya tidak menarik. Semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk perbaiki yang lemah, dan perbaiki juga yang baik agar menjadi lebih baik. Syukran.. :-)




Chef : Bonda tercinta
Hiasan : Adik tersayang
Photographer : Adik tersayang


Coretan, 
Noorhamimi Awang






1 comments:

  1. wah... cm sdp.. teringin nk mkn ikan pekasam pas tgk akk mimi post entry nie..

    ReplyDelete