Subscribe:

Monday, 5 November 2012

Assalammualaikum w.b.t

Khaifahalukum?? Alhamdulillah... Semoga kita sentiasa dibawah rahmat ALLAH s.w.t. Setelah menjalani dua kelas amali kini kami tempuhi pula cabaran untuk kelas amali yang ketiga. Untuk cabaran kali ini kami dikehendaki menyediakan dua jenis hidangan iaitu kuih-muih manis dan juga pencuci mulut (desert). Bagi hidangan kuih manis kami telah menyediakan kuih gulung atau lebih dikenali kuih ketayap dan manakala bagi hidangan untuk pencuci mulut kami menyediakan pengat pisang. Kedua-dua hidangan ini tidaklah sukar untuk dicari kerana sering dijual di pasar malam dan warung-warung. Sumber atau bahan utamanya juga mudah diperolehi iaitu seperti kuih ketayap bahan utama yang digunakan adalah tepung gandum dan juga kelapa parut. Manakala bagi pengat pisang bahan utama yang digunakan adalah pisang dan gula melaka. Itulah serba sedikit mengenai hidangan yang kami sediakan untuk cabaran yang ketiga ini. :-)

Mari ikuti kisah suka-duka dalam cabaran yang ketiga ini. 

Banyak sungguh dugaan yang perlu kami tempuhi. Walaupun resepi yang mudah dan ringkas, tetapi cara penyediaannya agak rumit. Pertama sekali, kami menyediakan inti kuih ketayap yang menggunakan kelapa parut dan gula melaka sebagai bahan utama. Daun pandan juga digunakan bagi membangkitkan haruman pada inti kelapa tersebut. Inti tersebut kemudiannya digoreng sehingga warna keperangan. 





Rasa pada inti yang telah kami sediakan manis dan cukup rasanya tetapi agak sedikit basah. Hal ini akan menyebabkan kuih ketayap mudah rosak dan tidak tahan lama. Seterusnya, bagi penyediaan adunan tepung untuk kuih ketayap kami telah menyediakan mengikut langkah yang telah diajar oleh pensyarah kami. Tetapi kami masih lagi teragak-agak untuk membuat adunan tepung tersebut. Takut juga bila pensyarah dihadapan memerhati gerak kerja kita. :-) Pada permulaan, semuanya berjalan lancar. Tetapi sewaktu menggoreng kulit untuk kuih ketayap kami menghadapi masalah. Itulah pukulan ombak yang terpaksa juga kami tempuh. :-) Kulit kuih ketayap yang disediakan oleh kami agak kurang menjadi. Susah juga untuk membentuk tepung itu menjadi bulat walaupun sudah dilenggang-lenggangkan di atas kuali leper. Selepas itu, datang pula pukulan ombak kedua iaitu kulit yang disediakan kurang garing. Jadi kami balas menggorengnya untuk kali kedua. Lucu juga, sehingga pensyarah geleng kepala sehingga bertanya " kuih ketayap atau otak-otak?? "  :-) Tetapi dengan semangat dan jiwa yang kental, kami masih lagi mampu tersenyum. :-) " Pengalaman mengajar erti hidup ". Inilah hasilnya................. 

" Kuih ketayap ke otak-otak?? " :-)

Cabaran diteruskan dengan menyediakan pengat pisang. Resepinya juga mudah dan ringkas. Tetapi disebabkan ada musuh yang datang mengganggu ketenteraman kami, akhirnya kami akur tetapi pantang  menyerah, hamba tetap ingin mencari keris tamingsari hamba, ehh...... cerita lain plak, uturn balik..haha... Mudah untuk menyediakan pengat pisang, hanya masukkan santan, gula melaka dan pisang serta dibangkitkan juga dengan haruman daun pandan. Tiba-tiba datang seorang musuh mengganggu dengan cara halusnya. Siapakah gerangannya? Akibat mendengar kata-kata manis daripada mulutnya, maka kami turutkan jua. Kami telah masukkan sedikit garam kerana katanya akan melemakkan lagi pengat pisang tersebut, itu betul. Kemudian dikatakan pula kurangkan gula melaka takut akan jadi terlalu manis. Setelah itu, kami cuba merasai kelazatan dan keenakan pengat pisang kami. Tiba-tiba " alamak!!! masinnnnnnnnnnn!!!!!!!!! ". Huh, sungguh bermuram durja hati kami. Tetapi kami masih lagi mampu tersenyum. :-) Inilah hasilnya setelah diperbaiki semula rasanya. Terlalu manis kata pensyarah. 


Pengat pisang

Musuh kami merangkap sahabat kami?? Siapakah gerangannya?? Lihat ini. 


Siap memberi amaran kepada kami. Kami hanya mampu bersabar.Huhu... Tak cukup kasih sayang agaknya.. ahakkkssss :-)

Pesaing kami merangkap tok guru kami juga. Lihat ini.

Peace!!!!! 

Dan inilah kami yang masih mampu tersenyum walaupan ombak melanda.

Betulkan?? :-) 

Inilah hasil air tangan kami yang sudah dibasuh..haha... 


Kami akan perbaiki kelamahan kami.. :-)






0 comments:

Post a Comment