Nama Resepi :
Nasi Kerabu
Porsi :
2 orang
Kuantiti Bahan-bahan Alatan
400 g Beras Periuk
1.25 ml Pewarna biru Senduk
nasi
Sambal tumis
Kuantiti Bahan-bahan Alatan
40 g Bawang besar
(dikisar) Mesin
pengisar
15 g Bawang putih
(dikisar) Kuali
7.5 g Halia (dikisar) Sudip
35 g Cili kering
(dikisar)
50 g Serai (dikisar)
2 ml Minyak masak
150 ml Santan pekat
50 g Air
2 g Garam halus
5 g Gula
5 g Asam keping
Serunding kelapa
Kuantiti Bahan-bahan Alatan
350 g Kelapa parut (putih
sahaja) Lesung
batu
500 g Ikan kembung (direbus) Periuk
2 g Garam kasar
15 g Lada hitam
(ditumbuk)
7.5 g Halia (ditumbuk)
40 g Bawang besar
(ditumbuk)
5 g Gula
2 g MSG
Daging bakar
Kuantiti Bahan-bahan Alatan
400 g Daging lembu Ketuhar
15 g Jintan manis
(ditumbuk) Lesung
batu
10 g Serbuk paprika Dulang
pembakar
3 g Garam Pisau
2 ml Minyak masak
10 g Bawang putih
Ulam kerabu
Kuantiti Bahan-bahan Alatan
30 g Daun kesum (dihiris) Papan
pemotong
45 g Bunga kantan
(dihiris) Pisau
60 g Timun
40 g Kacang panjang
(dihiris)
50 g Taugeh
15 g Daun kunyit
(dihiris)
Lauk-pauk
Kuantiti Bahan-bahan Alatan
2 biji Telur masin Periuk
80 g Keropok kering Kuali,
sudip
Cara penyediaan :
Nasi :
1. Beras
dibasuh sehingga air tidak keruh.
2. Air
dimasukkan mengikut kuantiti sepatutnya dan titiskan perwarna.
3. Kacau
sehingga pewarna dengan beras sebati supaya warna tiada kesan tompokan pada
nasi.
4. Kemudian,
tanak nasi sehingga masak. Setelah masak kacau nasi tersebut supaya tidak
garing di bahagian bawahnya.
Sambal tumis :
1. Minyak
dipanaskan. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai yang telah
dikisar tadi menggunakan api yang perlahan.
2. Setelah
naik bau, masukkan cili kering yang telah di kisar dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian,
masukkan santan dan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan asam keping, gula,
garam dan MSG. Kacau sentiasa supaya tumis menjadi warna keperang-perangan dan
mengeluarkan sedikit minyak daripada santan tadi.
4. Tumis
ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ianya akan menjadi semakin pekat.
Serunding kelapa :
1. Kelapa
parut yang putih sahaja digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan. Kelapa
ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak terlampau garing dan memperolehi
warna yang sekata iaitu keperang-perangan.
2. Sambil
menggoreng kelapa, rebus ikan dengan meletakkan sedikit garam dan asam keping.
3. Kelapa
yang telah siap digoreng, perlulah ditumbuk tapi tidak terlalu hancur.
4. Setelah
ikan masak, asingkan isi daripada tulang.
5. Tumbuk
lada hitam bersama serai dan halia hingga betul-betul hancur, kemudian masukkan
bawang besar dan tumbuk sehingga lumat, setelah itu, masukkan pula isi ikan
yang telah diasingkan tadi dan tumbuk sehingga lumat.
6. Kemudian
gaul kesemuanya.
Daging bakar :
1. Daging di basuh terlebih dahulu.
2. Tumbuk jintan manis dan bawang putih serta titikkan serai. Lumur pada
daging
tersebut bersama serbuk paprika dan sedikit garam.
3. Sapukan sedikit minyak pada daging supaya rasanya menyerap ke dalam daging.
4. Perap sebentar dan kemudian dibakar di dalam ketuhar selama lebih kurang 30
minit.
Ulam kerabu :
1. Bersihkan
semua ulam tersebut dan toskan.
2. Gulung
daun kesum dengan menggunakan daun kunyit dan hiris nipis-nipis. Begitu juga
dengan kacang panjang dan bunga kantan.
3. Gaulkan
hirisan daun kesum, daun kunyit, bunga kantan dan kacang panjang bersama.
4. Timun
boleh dihiris memanjang (kecil) atau dicincang. Pastikan diasingkan daripada
ulam lain kerana ianya akan mengeluarkan air.
0 comments:
Post a Comment