Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Salam perkenalan buat semua.
Buat insan yang sudah mengenali alhamdulilllah, semoga tali sillaturrahim kekal hingga akhirnya. Bagi yang belum mengenali insyaALLAH saya akan kenal diri saya.
Nama diberi Noorhamimi binti Awang. Kata ibunda, daripada mimpinya temui nama itu. Wallahualam..
Apa maksudnya? Cahaya Teman Karibku. Alhamdulillah, nama saya mempunyai makna yang baik maksudnya. Semoga saya menjadi sahabat yang sentiasa disenangi.
Saya berasal daripada Sitiawan, Perak. Saya bukan anak FELDA, tapi anak FELCRA. Alhamdulillah, sejak lahir, itu lah tempat saya membesar. Berkat usaha ibunda dan ayahanda, anakmu ini membesar dengan sempurna. Walaupun fizikal tak berapa nak besar..hehe... Saya mempunya empat adik-beradik, saya ada seorang abang, seorang kakak dan juga seorang adik. Dalam keluarga, semua panggil saya Kak Lang, harap-harap saya jadi anak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.. Semuanya LANG lah.. Jangan malang sudah.. Minta dijauhkan.
So, saya seorang yang suka bersukan. Kalau sekolah dulu macam-macam sukan saya masuk tapi semuanya kategori sukaneka..haha... emmmm... nak buat macam mana, ketinggian dan kebesaran tak cukup. Cikgu tak pandang pun..huhuu.... Tapi tidak mengapa.. Saya lebih suka bermain badminton.. kalau ada geng best la boleh main sekali, tapi selalunya main dengan dinding je.. dah macam main squash..haha...
Cita-cita?? emm.. mula-mula nak jadi tentera, tapi kena lupakan.. faham-faham je lah ye... nak jadi penyanyi kena sedar diri dulu suara tak sedap..haha... So, sekarang alhamdulillah, dengan izinNYA akan bergelar guru suatu hari nanti. Inilah cita-cita ibunda dan ayahanda untuk anak tercinta.
Pengalaman memasak pula?? seingat saya, saya bergiat aktif di dapur rumah selepas tamat SPM. Waktu itulah baru saya belajar memasak dengan tok guru masakan saya iaitu ibunda ku sendiri. Terima kasih mak, ajar Kak lang masak.. boleh kawin dah kan??hehehehe...... Banyak lagi yang perlu saya belajar. Kalau dulu ingatkan memasak adalah benda yang mudah, main campak-campak je.. tapi realitinya ada susah dan senangnya.. Apapun kena belajar dari yang pakar.
Sebagai wanita, anda pangkat tinggi manapun, ke dapur jangan di lupa.. Sepandai-pandai kita memasak, akhirnya kenyang juga bila di makan. Fahamkan maksudnya... ok.. itu saja.. TQ..
0 comments:
Post a Comment