Ikan tilapia, ikan keli, ikan sepat, ikat puyu, ikat selat, ikan haruan, ikan patin, ikan tembakang dan banyak lagi jenis-jenis ikan air tawar atau ikan darat. Ramai yang suka, dan ramai juga sanggup menjauhkan diri daripada ikan-ikan ini. Kesian mereka, tiada salahpun...haha... Masyarakat timur juga sangat gemar memakan ikan air tawar. Rasanya sedap tetapi satu kelemahan yang menyebabkan ramai juga yang tidak menyukainya iaitu baunya yang hanyir dan berlendir. Jika tidak dibasuh dengan elok, akan merosakkan rasa dan warna sesuatu makanan tersebut. Kenapa ikan air tawar ini berbau hanyir. Mari kita lihat gambar di bawah ini.
Macam kenal insan-insan dalam gambar ni..hehe... Lihatlah kawasan yang digunakan untuk menangkap ikan air tawar. Parit besar di dalam ladang kelapa sawit. Ini salah satu kawasan untuk menangkap ikan air tawar. Manakan tidak ikan tersebut berbau hanyir dan berlendir.
Jadi apa kaedah yang digunakan?? Lihat gambar seterusnya.
Daun pisang?? asam keping?? garam kasar?? apa pula kaitannya dengan ikan air tawar??
Inilah yang selalu dilakukan oleh ibonda ku. Bagi menghilangkan hanyir dan lendir pada ikan, daun pisang dikoyak-koyakkan di campur bersama garam kasar dan juga asam keping. Kesemua bahan tersebut dilumur pada ikan air tawar. Hasilnya sangat bagus. Bau hanyir dan lendir pada ikan hilang. Boleh juga menggunakan asam jawa, tapi kesannya kurang memberangsangkan. Hidangan yang disediakan pula tidak akan berbau malah akan menaikkan selera anda. Apalagi, cubalah. Mungkin yang mana tidak makan langsung ikan air tawar, selepas ini boleh mencuba keenakan dan kelazatan ikan air tawar. Tambah-tambah lagi apabila dibuat pekasam. huhh...terangkat. Tetapi tahu atau tidak untuk membuat pekasam?? Nanti saya kongsikan resepi untuk membuat pekasam. Belajar daripada bonda juga. :-) Semoga petua yang saya berikan, dapat digunakan. Kebersihan separuh daripada iman, bukan sabar sahaja. :-)
Syukran :-)
Coretan,
Noorhamimi Awang
ooo.. tq for the info.. berguna utk sy.. sy mmg ske mkn ikan tawr.. ske sgttt... =)
ReplyDeleteThankz for info ni..sgt2 bguna..
ReplyDeletememang bagus tips macam nih
ReplyDeleteJom ramai ramai makan Minyak Ikan
Terbaiklah..x pernah lagi tau bab daun pisangg tq..
ReplyDeleteWww.adaa-inspiration.com ~all about health and beauty~
Terbaiklah..x pernah lagi tau bab daun pisangg tq..
ReplyDeleteWww.adaa-inspiration.com ~all about health and beauty~