Subscribe:

Tuesday, 13 November 2012

wahai NENEK SI BONGKOK TIGA bukan empat ataupun lima


Hai...Assalamualaikum dan selamat malam semua...
Peaceee...jangan tido lagi..malam masih muda semuda orangnya.hehe....^_^
Mari ikuti lembaran perkongsian sedikit ilmu yang saya baru tahu ketahui..
Perkongsian ini saya namakan 'LAMAN PETUA NENEK' ataupun lebih dikenali sebagai tips-tips orang zaman dahulu tentang masakan.

Tips ini saya baru baca dari sebuah laman web dan tips yang ada di sini saya dapati sangat menarik. Ini kerana, pertama kali saya membacanya membuatkan saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua. Jom ikuti saya untuk pengetahuan kita bersama...



"LAMAN PETUA NENEK"

~ Untuk masakan yang terlebih masin~

< bagi mengatasi masalah ini, jom cuba petua yang dicadangkan.. >

1- Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.

2- Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

~Merasa makanan di bulan puasa~
<jom cuba petua ini>

1- Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
2- Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.
~Memutih nasi~

= Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

~Mengelakkan nasi hangit~
= Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

~Nasi lambat basi~

= Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah menanak nasi seperti biasa.

~Nasi lembik~
= Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.



Bagi petua di bawah ini, saya kongsikan semula petua yang diberitahu oleh pensyarah amali, Puan Saedahtinnur semasa nasi kerabu yang dimasak oleh kumpulan saya mentah.


~Memasak nasi yang mentah~

~Buat bulatan di tengah-tengah nasi. Isi air di dalam cawan dan letakkan di tengah bulatan tadi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.~

Ok lah, setakat ini sahaja perkongsian saya untuk malam ini.. Petua yang saya kongsi ini boleh anda semua aplikasikan apabila anda mengalami situasi sedemikian apabila memasak.. SELAMAT MENCUBA..<peaceee>

Selamat malam semua..
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindunganNYA.
Salam Maal Hijrah untuk semua yang beragama Islam pada hari Khamis ini bertarikh 15 November 2012..
Sama-sama lah kita muhasabah diri..berubah untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya..AMIN..

Salam sayang daripada saya, 
~MASTHURAH BINTI MUHAMMAD~



0 comments:

Post a Comment