Bertemu lagi kita di arena atau laman EAST STYLE. Pada kali ini saya nak memberikan
TIPS-TIPS KESELAMATAN DI DAPUR
Kebersihan Dapur
Pastikan anda menjauhkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan barang-barang mudah terbakar dari ruangan memasak. Selain itu, anda hendaklah memastikan rak dapur sentiasa bersih. Peringatan bahawa kotoran berminyak boleh disambar dengan api. Jauhkan barang-barang mudah terbakar seperti langsir dan tuala pembersih dari dapur memasak.
Anda diingatkan supaya tidak meninggalkan dapur semasa memasak. Anda juga perlu sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. Jangan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
Keselamatan Ketuhar Gelombang Mikro
Anda pasti tahu bahawa makanan boleh dimasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia menghasilkan kepanasan tinggi dan mendalam. Oleh itu, buka dan tutup dengan cermat semasa ia tidak lagi memanas. Gunakan sarung tangan basah atau lembap. Pinggan, mangkuk, dll digunakan di dalam ketuhar adalah tersangat panas dan boleh menyebabkan anda melecur.
Keselamatan Eletrik Di Dapur
Pastikan juga bahawa anda hanya gunakan satu alat (jenis pemanas) untuk satu soket. Pastikan fius dan pemutus litar yang digunakan sesuai untuk memutuskan arus jika berlaku lebihan arus. Pastikan rintangan fius sama seperti yang diperlukan alat letrik. Wayar terbuka dan terkoyak perlu diganti. Sekiranya alat letrik terlalu panas atau berasap, matikan sumber letrik dengan segera
Memadam Kebakaran Di Dapur
Jika kebakaran minyak berlaku di dalam kuali atau periuk:
- 1)Padamkan api dapur. Tutup dengan tudung.
- 2)Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
- 3)Buka tudung perlahan-lahan.
Menangani Kebakaran Ketuhar
Jika kebakaran berlaku di dalam ketuhar:
- 1)Matikan sumber letrik.
- 2)Pindahkan ketuhar ke tempat terbuka.
- 3)Pastikan ia sentiasa tertutup.
Ingat tu......INGAT SEBELUM TERLAMBAT!!!!!!!!!!!!!
Diperhangatkan oleh:
@m@r @syrAf
0 comments:
Post a Comment