"SATAR BERPROTEIN TINGGI"
Assalamualaikum W.B.T dan salam sayang buat semua...
sambil menulis coretan blog sambil dengar lagu 'sayang' dendangan Shae...sedap jugak..jom sama-sama layan. ^_^
Kali ini, saya hendak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang langkah menyediakan 'satar' atau 'sata' versi negeri Terengganu...jom sama-sama ikuti bagi pengetahuan kawan-kawan yang mungkin tidak mengetahui apa itu sata dan bagaimana bentuknya...
Satar yang berasaskan ikan disediakan dengan cara menghancurkan ikan dan dicampurkan bersama kelapa parut serta bahan-bahan yang lain dan dibungkus dengan daun pisang. Rasanya sangat enak lagi-lagi apabila dimakan panas-panas dan satar sesuai dimakan pada waktu petang dihidangkan bersama dengan air kelapa.
Ikuti langkah penyediaan sata yang lengkap di bawah ini :
Bahan-bahan
400 g isi ikan selayang/kembung atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam secukup rasa
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)
Cara penyediaan
< Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak. >
satar yang sedang dibakar dengan kadar api yang sederhana.
inilah bentuk sebenar satar..
satar yang telah siap dibakar dan sedia untuk dimakan..jom makan..nyum-nyum..
Bagi sesiapa yang melancong ke Terengganu, saya cadangkan satu tempat yang menyediakan kualiti satar yang sangat sedap iaitu di Kelulut, Marang, Terengganu.
Sekian sahaja untuk kali ini..insyaallah,di lain coretan, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang keropok lekor..nantikan..^_^
SEKIAN TERIMA KASIH..WASSALAM..
SAYA YANG DIBERI NAMA :
~MASTHURAH BINTI MUHAMMAD~
0 comments:
Post a Comment