Subscribe:

Monday, 12 November 2012

Assalamualaikum,

Haaaaaaaaaaaaaa....mesti pelikkan,tiba-tiba keluar gambar lada pula...

                    Pada minggu ini,kami ditugaskan untuk membuat kuih-muih pedas atau savouri.... Kami ditugaskan untuk menyediakan kuih Pau kari ayam dan pulut serunding. Tidak la pedas mana pun,tapi kira kuih pedas jugakan..

                    Penyediaan kedua-dua jenis kuih ini tidaklah terlalu rumit. Kami membahagikan kerja dan setiap ahli kumpulan menyiapkan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Apabila kerja yang dibuat teratur, kerja pun jadi mudah dan cepat...

                    Ok lah,kita mulakan dengan pau kari ayam......Penyediaan pau ini sebenarnya agak rumit jika tidak tahu teknik nya... Bagi penyediaan doh, tugasan diserahkan kepada Chef Mas untuk menyediakan adunan...Ceiwah.....chef tuuuuuu....hehe....... Kemudian tugasan disambung oleh Amar untuk menguli doh. Selesai sahaja menguli doh,doh direhatkan selama 30 minit...Jangan lupa,untuk merehatkan doh, tutupkan dengan kain yang lembap. Barulah doh tu naik elok jer...

                   Seterusnya untuk penyediaan intinya,Amar dan Mimi membuat penyediaan bahan dan seterusnya bahan ditumiskan oleh Mas. Penyediaan bahan mempunyai banyak kerja juga iaitu penyediaan bahan basah dan kering. Mimi turut membantu dalam menumis bahan-bahan tersebut. Hasil pemerhatian dan penambahbaikan,maka jadilah inti kari ayam kami...huhu..

                             Ok,sekarang  kita teruskan kepada bahagian paling rumit. Untuk membentukkan kuih pau tersebut. Bukan apa, silap bentuk nanti inti akan terkeluar kerana kulit terlalu nipis. Lepas tu,mulalah jadi resah gelisah,gundah gulana...Bukan apa,nanti nak kena BAHAN dengan pengkritik..huhu... Amar dan Mimi membentuk kuih tersebut, TAPI mestilah kuih yang dibentuk oleh Mimi lagi cantik, Tangan lelaki ni kasar skit...Betul ker MIMI????????hehehe.........Tapi ALHAMDULILLAH, hasilnya memuaskan sehingga kami boleh tersenyum..

                   Kami turut menyiapkan pulut serunding dalam masa yang sama kerana beras pulut perlu direndam terlebih dahulu sebelum dikukus. Lagi lama direndam,maka makin lembutlah pulut tersebut. Oleh itu, selesai sahaja mengambil bahan dihadapan,beras pulut terus direndam dalam tempoh masa satu jam. Setelah direndam, Pulut dikukus bersama-sama dengan santan dan garam secukup rasa. garam digunakan untuk melemakkan lagi pulut tersebut,BUKAN untuk memasinkannya OK.... :).

                          Kita teruskan kepada pembuatan serunding. Bagi menyiapkan serunding,kami serahkan kepada yang pakar iaitu Cik Mimi kita. Jelas kepercayaan kami kepada beliau untuk menyiapkan  serunding tersebut berhasil, SEBAB serunding yang disediakan memang SEDAP....Bila digabungkan dengan pulut,apa lagi...MELETOOOOOOOPPPP!!!!!!!...hehe


                           Antara kesilapan yang telah kami lakukan pada kali ini iailah,semasa mengukus pau,penutupnya kami tidak balut dengan kain. Oleh itu,air daripada penutup tersebut menitis ke atas pau dan menyebabkan kulit pau menjadi tidak cantik. Namun, kami membalut penutup tersebut untuk kukusan yang ketiga, hasilnya kulit pau menjadi seperti yang dikehendaki..



                   

0 comments:

Post a Comment