Subscribe:

Tuesday 30 October 2012





Nama Resepi :
Nasi Kerabu
Porsi :
2 orang

Kuantiti                     Bahan-bahan                                                           Alatan
400 g                          Beras                                                              Periuk
1.25 ml                       Pewarna biru                                                  Senduk nasi

Sambal tumis
Kuantiti                     Bahan-bahan                                                           Alatan
40 g                            Bawang besar (dikisar)                                  Mesin pengisar          
15 g                            Bawang putih (dikisar)                                   Kuali
7.5 g                           Halia (dikisar)                                                Sudip
35 g                            Cili kering (dikisar)
50 g                            Serai (dikisar)
2 ml                            Minyak masak
150 ml                        Santan pekat
50 g                            Air
2 g                              Garam halus
5 g                              Gula
5 g                              Asam keping

Serunding kelapa
Kuantiti                     Bahan-bahan                                                           Alatan
350 g                          Kelapa parut (putih sahaja)                            Lesung batu
500 g                          Ikan kembung (direbus)                                Periuk
2 g                              Garam kasar                                                  
15 g                            Lada hitam (ditumbuk)
7.5 g                           Halia (ditumbuk)
40 g                            Bawang besar (ditumbuk)
5 g                              Gula
2 g                              MSG

Daging bakar
Kuantiti                     Bahan-bahan                                                           Alatan
400 g                          Daging lembu                                                Ketuhar
15 g                            Jintan manis (ditumbuk)                                Lesung batu
10 g                            Serbuk paprika                                               Dulang pembakar
3 g                              Garam                                                            Pisau
2 ml                            Minyak masak
10 g                            Bawang putih

Ulam kerabu
Kuantiti                     Bahan-bahan                                                           Alatan
30 g                            Daun kesum (dihiris)                                     Papan pemotong
45 g                            Bunga kantan (dihiris)                                   Pisau
60 g                            Timun
40 g                            Kacang panjang (dihiris)
50 g                            Taugeh
15 g                            Daun kunyit (dihiris)

Lauk-pauk
Kuantiti                     Bahan-bahan                                                           Alatan
2 biji                           Telur masin                                                    Periuk
80 g                            Keropok kering                                              Kuali, sudip

Cara penyediaan :

Nasi :
1.      Beras dibasuh sehingga air tidak keruh.
2.      Air dimasukkan mengikut kuantiti sepatutnya dan titiskan perwarna.
3.      Kacau sehingga pewarna dengan beras sebati supaya warna tiada kesan tompokan pada nasi.
4.      Kemudian, tanak nasi sehingga masak. Setelah masak kacau nasi tersebut supaya tidak garing di bahagian bawahnya.
Sambal tumis :
1.      Minyak dipanaskan. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai yang telah dikisar tadi menggunakan api yang perlahan.
2.      Setelah naik bau, masukkan cili kering yang telah di kisar dan kacau sehingga sebati.
3.      Kemudian, masukkan santan dan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan asam keping, gula, garam dan MSG. Kacau sentiasa supaya tumis menjadi warna keperang-perangan dan mengeluarkan sedikit minyak daripada santan tadi.
4.      Tumis ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ianya akan menjadi semakin pekat.

Serunding kelapa :
1.      Kelapa parut yang putih sahaja digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan. Kelapa ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak terlampau garing dan memperolehi warna yang sekata iaitu keperang-perangan.
2.      Sambil menggoreng kelapa, rebus ikan dengan meletakkan sedikit garam dan asam keping.
3.      Kelapa yang telah siap digoreng, perlulah ditumbuk tapi tidak terlalu hancur.
4.      Setelah ikan masak, asingkan isi daripada tulang.
5.      Tumbuk lada hitam bersama serai dan halia hingga betul-betul hancur, kemudian masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga lumat, setelah itu, masukkan pula isi ikan yang telah diasingkan tadi dan tumbuk sehingga lumat.
6.      Kemudian gaul kesemuanya.

Daging bakar :
     1.     Daging di basuh terlebih dahulu.
     2.         Tumbuk jintan manis dan bawang putih serta titikkan serai. Lumur pada daging             
             tersebut bersama serbuk paprika dan sedikit garam.
     3.     Sapukan sedikit minyak pada daging supaya rasanya menyerap ke dalam daging.
     4.   Perap sebentar dan kemudian dibakar di dalam ketuhar selama lebih kurang 30 minit.

Ulam kerabu :
1.      Bersihkan semua ulam tersebut dan toskan.
2.      Gulung daun kesum dengan menggunakan daun kunyit dan hiris nipis-nipis. Begitu juga dengan kacang panjang dan bunga kantan.
3.      Gaulkan hirisan daun kesum, daun kunyit, bunga kantan dan kacang panjang bersama.
4.      Timun boleh dihiris memanjang (kecil) atau dicincang. Pastikan diasingkan daripada ulam lain kerana ianya akan mengeluarkan air. 

Monday 15 October 2012

Amali 2


Selamat bersua kembali.. 
Jom ikuti selanjutnya menu makanan kami pada minggu ini...

Ikan di laut, asam di darat..

Dalam periuk ada makanan..
Sebut makanan laparlah pulak kan..:)

Kalau minggu lepas kumpulan kami menyediakan makanan berasaskan snek dan mee daripada masyarakat india iaitu samosa daging dan mee goreng mamak...semua dah tengok perjalanan aktiviti amali kami minggu lepas kan???
Jom tengok gelagat kami pada minggu ini pula iaitu minggu kedua amali..jom kawan-kawan ikut saya..ikuti sampai habis tau.jangan separuh jalan.hehehe..


Kata orang tak kenal maka tak cinta kan...tapi yang pasti saya semua tahu kawan-kawan semua sudah mengenali dan mencintai menu makanan kami pada minggu ini...

minggu ini kami ditugaskan menyediakan nasi kerabu yang berasal dari negeri cik siti wan kembang...kan semua sudah kenal dan cintakan nasi kerabu..kalau di tanjung malim saya pasti kawan-kawan semua dapat merasai kenikmatan nasi kerabu ini di kedai abang wan di taman universiti..betul tak???hehe..pelbagai pilihan nasi kerabu boleh didapati di situ..Antaranya, ayam goreng, daging bakar dan ikan celup tepung...


Tapi minggu ini kami hanya perlu menyediakan menu nasi kerabu satu pilihan sahaja..Hasil perbincangan ahli kumpulan <amar,mass,mimi>, kami sepakat memilih nasi kerabu daging bakar..Dalam penyediaan nasi kerabu ini boleh dikatakan agak sukar..sebabnya banyak benda sampingan dalam nasi kerabu yang perlu disediakan..Umum mengetahui nasi kerabu mempunyai nasi, sambal tumis, serunding kelapa, lauk(ayam,ikan atau daging), ulaman, keropok, telur masim dan budu..Nampak macam senang untuk dimakan apabila berada di depan mata tapi susah nak menyediakan yang sesempurna itu.Tapi berkat usaha kami, akhirnya kami berjaya menyiapkannya dengan sempurna juga lah..hehe..:)



Segala kegusaran di hati kami dapat dihilangkan dengan kerjasama dan semangat sepasukan yang utuh serta gelak ketawa yang tak pernah lekang dalam kumpulan kami. Sejujurnya buat kami semua, ini merupakan kali pertama kami mempelajari dan memyediakan nasi kerabu..Terima kasih buat pensyarah, Puan Saedahtinnur dan semua kawan-kawan yang memberikan kerjasama kepada kumpulan kami sepanjang aktiviti amali minggu ini.. Teruskan sokongan anda semua...<<peacee>>...



Sekarang jom semua terjah warna-warni amali kedua kami....










Thursday 4 October 2012

~Kenali MassMasthurah~


Hai kawan-kawan..
Jom singgah ke blog "EAST STYLE" ilham 3 sekawan..~ amar, mass & mimi ~


Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan....

Tatkala orang lain dibuai mimpi indah, di pagi hening sunyi sepi tanggal 26 Disember 1988 jam 2.30 pagi lahirlah seorang puteri pertama kelahiran keluarga pasangan Muhammad bin Ibrahim dan Khatijah binti Jusoh. Nama didaftarkan Masthurah binti Muhammad atau lebih dikenali "Mass", sekarang makin meningkat dewasa berumur 24 tahun seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris jurusan Ijazah Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup.

Salam dihulur ukhwah dibina...tali persahabatan yang terbina moga kekal selamanya.

Saya merupakan anak jati kelahiran negeri Terengganu Darul Iman atau lebih dikenali Ganu kite..( na na na Ganu kite)..membuat jiwaku meronta nak balik kampung la pulak.hehe..sabar-sabar mas..2 minggu lagi nak balik raya haji..jom balik kampung semua...
Saya merupakan anak ke 2 daripada 6 orang adik beradik..Seorang yang berjiwa novel. (p/s- siapa yang nak pinjam boleh mari rumah..hehe)..tapi akhir-akhir ini kena kuarantin dulu novel..:)

Bercerita tentang makanan..saya memang gemar makan..nak bukti yang kukuh tanyalah roomate saya..hehe..Kerja saya makan saja..Tapi kalau di rumah, saya kalah bab makan..sebabnya ada orang lagi pakar bab makan..siapa lagi kalau bukan adik-adik lelaki saya..kalah kakak dia makan..mungkin lelaki memang macam 2 kot..hehe.

Makanan kegemaran saya tak lain tak bukan jeng-jeng...tomyam mak saya..sedap hingga menjilat jari..kalau kat rumah, tomyam memang wajib masak seminggu sekali..kalau balik kampung menu wajib mesti tomyam la..lama dah tak makan..yang saya nak kongsi di sini tomyam masakan mak saya tak menggunakan perencah adabi atau perencah siam..sebab 2 bagi saya sedap..rasa keaslian tomyam 2..nyum nyum..tak sabar nak balik makan..

Pengalaman memasak saya hanya kat rumah..Gurunya semestinya mak saya yang tersayang..Saya boleh la memasak tapi tak pandai la sangat..setakat yang simple boleh la.umpamanya masak sup atau makanan berlauk yang berasaskan ayam, daging, telur dan ayam sahaja..bila saya masak jurinya semestinya la adik-adik lelaki saya dan satu-satunya adik perempuan saya..kalau diorang komen apa-apa pun, saya terima dengan gembira..sebab saya gembira,makanan yang saya masak habis juga walaupun kadang-kadang tak memenuhi citarasa mereka..hehe..kerana itulah keberanian memasak saya lahir di rumah..

Saya percaya semua lagi pakar dari saya kan bab memasak..dan saya juga percaya asas kita semua boleh memasak sekarang datangnya daripada ibunda kita sendiri kan..betul tak??

Jom semua pakat kita belajar memasak dan tuntut ilmu yang lebih lagi di kelas penyediaan makanan timur..sama-samalah kita belajar dan mengharunginya di semester akhir ini..walaupun pastinya penuh berliku.  tapi ingat pengalaman yang kita dapat semestinya sangat berharga untuk dikenang dan disimpan untuk panduan waktu-waktu mendatang...

Terima kasih untuk semua yang sudi berkenalan dengan karangan saya ini..hehe..

Semoga berjumpa kembali...<<peaceeee>> love you all...:)




NOORHAMIMI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Salam perkenalan buat semua.
Buat insan yang sudah mengenali alhamdulilllah, semoga tali sillaturrahim kekal hingga akhirnya. Bagi yang belum mengenali insyaALLAH saya akan kenal diri saya.

Nama diberi Noorhamimi binti Awang. Kata ibunda, daripada mimpinya temui nama itu. Wallahualam.. 
Apa maksudnya? Cahaya Teman Karibku. Alhamdulillah, nama saya mempunyai makna yang baik maksudnya. Semoga saya menjadi sahabat yang sentiasa disenangi. 

Saya berasal daripada Sitiawan, Perak. Saya bukan anak FELDA, tapi anak FELCRA. Alhamdulillah, sejak lahir, itu lah tempat saya membesar. Berkat usaha ibunda dan ayahanda, anakmu ini membesar dengan sempurna. Walaupun fizikal tak berapa nak besar..hehe... Saya mempunya empat adik-beradik, saya ada seorang abang, seorang kakak dan juga seorang adik. Dalam keluarga, semua panggil saya Kak Lang, harap-harap saya jadi anak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.. Semuanya LANG lah.. Jangan malang sudah.. Minta dijauhkan. 

So, saya seorang yang suka bersukan. Kalau sekolah dulu macam-macam sukan saya masuk tapi semuanya kategori sukaneka..haha... emmmm... nak buat macam mana, ketinggian dan kebesaran tak cukup. Cikgu tak pandang pun..huhuu.... Tapi tidak mengapa.. Saya lebih suka bermain badminton.. kalau ada geng best la boleh main sekali, tapi selalunya main dengan dinding je.. dah macam main squash..haha...

Cita-cita?? emm.. mula-mula nak jadi tentera, tapi kena lupakan.. faham-faham je lah ye... nak jadi penyanyi kena sedar diri dulu suara tak sedap..haha... So, sekarang alhamdulillah, dengan izinNYA akan bergelar guru suatu hari nanti. Inilah cita-cita ibunda dan ayahanda untuk anak tercinta. 

Pengalaman memasak pula?? seingat saya, saya bergiat aktif di dapur rumah selepas tamat SPM. Waktu itulah baru saya belajar memasak dengan tok guru masakan saya iaitu ibunda ku sendiri. Terima kasih mak, ajar Kak lang masak.. boleh kawin dah kan??hehehehe......  Banyak lagi yang perlu saya belajar. Kalau dulu ingatkan memasak adalah benda yang mudah, main campak-campak je.. tapi realitinya ada susah dan senangnya.. Apapun kena belajar  dari yang pakar. 

Sebagai wanita, anda pangkat tinggi manapun, ke dapur jangan di lupa.. Sepandai-pandai kita memasak, akhirnya kenyang juga bila di makan. Fahamkan maksudnya... ok.. itu saja.. TQ.. 




Biodata


                                                                 Pagi hari turun ke lubuk,
                                                                      Hendak mencari si anak pari,
                                                                Bukan saja hendak menyibuk,
                                                                   Tapi sebagai salam memperkenal diri.
 
                                                                      Assalamualaikum,



                   Julies Caesar ada menyatakan,'saya datang,saya lihat dan saya kuasai' tetapi saya disini untuk memberikan anda info-info dan cerita-cerita menarik berkaitan menu timur. Sebagai kata pemanis bicara,sebelum lancang lidah bersuara dengan penulisan-penulisan yang berikutnya,adalah lebih manis sekiranya saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.

                      Nama  kalau ikut I.C,Mohd Amar Asyraf  Bin Abd Rashid..Saya ni asalnya dari Jerantut,tau  tak kat mana??????Semua pandai-pandaikan,........betul latu...Jerantut kat Pahang,Bandar Taman Negara...huhu..Macam yang dah diberitahu dalam pengenalan blog ni,semua ahli kumpulan lahir tahun 1988. Tapi tarikh lahirnya belum diberitahu lagi kan...tarikh lahir saya 18 November 1988..Setiap tahun ibu saya buatkan pulut kuning dengan rendang daging sebab saya ni tak minat makan kek..Jadi faham-faham jela yer...haha...Saya ni kalau tak kenal mungkin nampak sombong sedikit tapi sebenarnye seorang yang ceria dan adalah sedikit sifat manja tu,bukan sebab apa....saya ni anak tunggal lelaki,anak ketiga dari empat orang adik beradik. Kalau dalam keluarga saya,semua panggil saya Alang,yela nama pun anak ketigakan.. Adik beradik lain semuanya perempuan....Jelas-jelas tadi saya dah bagitahu yang saya ni anak tunggal lelakijadi mesti la yang lain tu perempuankan... :P

                    Kalau dari segi hobi,saya minat main sepaktakraw...Sebab tu memang da sukan turun temurun keluarga saya,daripada atuk belah ayah saya memang pemain sepaktakraw,sekarang turun la sampai kat saya....Nak kata hebat tak la,tapi Alhamdullillah buat setakat ni dapat la bantu pasukan daerah dan universiti ke peringkat atas....Sekarang ni saya dah ceburkan diri dalam dunia kepengadilan pula,buat masa ni di peringkat kebangsaan,InsyaAllah dalam 2 atau 3 tahun lagi saya akan dinaik tarafkan ke peringkat antarabangsa...Saya bukan main sepaktakraw jer,tapi bergiat dalam sukan petanque,tennis  dan olahraga. Kalau olahraga tu acara kegemarannya larian 400meter,800 meter dan 4 x 400 meter.

                     Kalau tentang masakan,saya ni tak la pandai sangat memasak..Tapi kalau kat rumah,rajin la jugak jenguk ibu memasak kat dapur..Sambil-sambil berborak tu,saya jeling-jelinglah apa yang dia masukkan dalam masakan die...huhu....Saya mula aktif memasak bila masuk ke universiti..apabila saya berpindah dari kolej ke rumah sewa, sejak dari itulah saya mula memasak. Masak pun apa yang saya ingat jer...Tapi masakan yang paling saya rasa  paling menjadi,sambal jawa..Keluarga saya bukan dari keturunan jawa pun,tapi resepi tu selalu la jugak masak di rumah.....

                           Rasanya dah cukup info tentang diri saya. Paling penting,anda semua dapat mengambil input-input dari blog kami ni... :)
                                                        

Herba dan Rempah Ratus


Rempah Ratus dan Herba

Terdapat pelbagai jenis rempah ratus yang digunakan dalam masakan. Kita sedia maklum bahawa makanan timur banyak menggunakan rempah ratus dan herba dalam masakan. Tetapi masih ramai yang belum mengenali rempah-ratus dan herba ini walaupun selalu digunakan dalam masakan. Jadi, sebelum kita digelar "melayu mudah lupa" mari kita kenali dan kenalpasti rempah-ratus dan herba yang selalu digunakan dalam masakan timur. JOMMM................ ehh... tetapi sebelum itu, kami ingin bertanya kepada tuan hamba yang cantik dan segak yang sedang membaca entri kami ini. Apakah perbezaan rempah ratus dan herba? haaa...jawab-jawab.... Tahniah kepada yang dapat menjawab dengan tepat walaupun yakin tak yakin nampaknya.. Tidak mengapa, cubaan yang bagus. Bagi yang tidak dapat menjawab tidak mengapa, kami akan terangkan apakah perbezaan kedua bahan tersebut, yang dapat jawab pun baca la juga. Amboi.. nak lari dah ye.. Jom sama-sama kita baca. Tak rugi pun. 

APA ITU REMPAH RATUS DAN HERBA?

Rempah ratus dan herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Ia juga digunakan dalam masakan dan juga untuk kecantikan. 

APA PULA PERBEZAAN REMPAH RATUS DAN HERBA?

Rempah ratus ialah datangnya daripada bijian, buah, akar dan juga kulit kayu. 

Herba ialah biasanya daripada daun dan berwarna hijau. 

REMPAH RATUS

Antara contoh rempah ratus yang selalu digunakan di dalam masakan ialah : 



Kulit kayu manis



Lada hitam



Jintan manis


Jintan putih



Biji ketumbar



Buah pelaga



Buah keras

Makanan Thailand


Masakan Thailand kebanyakannya pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagaian adalah penting dalam masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan iaitu pedas, masam, manis, masin, dan pahit.

Antara contoh menu hidangan masakan Thailand : 


Tomyam Thai



Makanan Melayu



Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.


Nasi lemak


Nasi kerabu


Tepung pelita


Aku seorang bakal Chef


Sebening subuh, laungan azan bergema. Bangun dan menuju ke kamar mandi. Sejuknya titisan air. Titisan air diambil dan membasahkan mata. Baru sedar, di alam nyata rupanya. Setelah selesai semua, baju chef yang telah diusap manja tergantung minta dicapai. Lalu diambil dan disarungkan. Wangian lavender mula menerjah di segenap hujuang kamar. Aura masterchef tiba-tiba muncul. Kekuatan kembali. Dengan ayunan kaki melangkah, dengan semangat baru dibawa, dengan jiwa yang membara , terus mengendong harta pusaka yang didalamnya penuh dengan senjata. Mari menuju ke medan perang. Tiada kata tiada suara, jalan berliku di redah juga!!!......... 

Ooooiiiiii........ apa ko berangan tu?? cepat lah, dah pukul berapa ni...... 

Dalam keadaan terpinga-pinga baru ku sedar nak ke bengkel masak rupanya.. 

Kejap lah, nak ambil mood dulu....heeeeeee...... sambil senyum macam kerang busuk.. Ada macam masterchef tak aku?? sambil membetulkan baju dan memakai nametag. 

Kalau aku juri, awal-awal lagi aku vote keluar.. 

Cehh...jeles la tu......... terus start enjin kereta dan menuju ke bengkel masakan. 

Itulah gurauan senda pagi sebelum ke kelas amali. Lama sudah meninggalkan dunia kitchen. Hampir setahun lebih. Skill yang ada masih ingat ke tidak? Potongan yang dipelajari dahulu masih ingat ke tida?. Bahan-bahan masakan masih kenal ke tidak? Semua bermain dalam fikiran dan menjadi tanda tanya. 

Pada amali masakan pertama ini kami telah ditugaskan untuk memasak makanan berasaskan snek dan mee. Seperti keputusan undian kami dikehendaki memasak makanan Samosa daging dan juga Mee goreng mamak. Kedua-dua makanan ini adalah tergolong daripada makanan kaum India. 

Mahukan resepinya???? Sila ke ruangan resepi.. 

Sesi masak-memasak pun bermula. Terlebih dahulu, bahan kering dan bahan basah untuk kedua-dua resepi perlu diambil. Setelah itu perlu ditimbang untuk mendapatkan jumlah yang tepat dalam penggunaan masakan. Setelah semua bahan di ambil dan dibawa ke unit, pensyarah mula menilai. Perasaan takut menerjah kembali. Tapi dengan lagak yang cool, segala persoalan yang ditanya oleh pensyarah dijawab dengan penuh yakin walaupun sedar  jawapannya salah..hahahaha.... Gelak dan tawa tidak penah hilang dalam kumpulan kami. Amali pertama ini agak kelam kabut sedikit, mungkin kerana lama meninggalkan semua ini. Tetapi tetap berjaya menghasilkan dua resepi yang telah diberikan. 

Jom lihat gelagat kami................


Sebelum memulakan tugas. 




Menjalankan tugas masing-masing


Suasana di dalam bengkel masakan





Sebelum dinilai


Semasa dinilai oleh sahabat-sahabat kami dan pensyarah




Inilah hasil air tangan kami setelah bertungkus-lumus untuk menyiapkannya.











Makanan India

Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah. Kita dapat lihat setiap masakan India mesti menggunakan rempah. Contohnya, kari ikan, kuah roti canai, vadai, dan banyak lagi.

Teknik hidangan bagi kaum India juga berbeza. Mereka banyak menggunakan peralatan berasakan tin dan juga daun pisang. Masakan India kebanyakannya pedas.  

Antara contoh menu masakan India :


Nasi kandar yang begitu popular di restoran mamak. 


Tosei - makanan yang berasakan beras dan nasi dan dihidang bersama kuah dal sebagai pencicah.


Mee goreng mamak - yang sangat popular dalam kalangan orang melayu juga.


Kuih Vadai - bahan utama adalah kacang dal dan rempah ratus seperti jintan. 

Makanan Cina


Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor. 

Dalam aspek makanan, kaum cina lebih mengutamakan makanan bersup dan bubur seperti sup ayam, sup sayur, bubur nasi dan sebagainya. Rasa pada makanan agak kurang pedas tidak seperti kaum India dan kaum Melayu. Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan di olah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char kway teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Terdapat beberapa contoh makanan cina yang terkenal di Malaysia adalah seperti char kway teow, lok lok, bak kut teh dan sebagainya.


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.

                                                                                               


Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih di jual dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.





Makanan cina juga terkenal dengan makanan yang berupa sup seperti sup ayam, daging, sayur dan juga sup herba. Sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu. Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secawan teh China.