Sebening subuh, laungan azan bergema. Bangun dan menuju ke kamar mandi. Sejuknya titisan air. Titisan air diambil dan membasahkan mata. Baru sedar, di alam nyata rupanya. Setelah selesai semua, baju chef yang telah diusap manja tergantung minta dicapai. Lalu diambil dan disarungkan. Wangian lavender mula menerjah di segenap hujuang kamar. Aura masterchef tiba-tiba muncul. Kekuatan kembali. Dengan ayunan kaki melangkah, dengan semangat baru dibawa, dengan jiwa yang membara , terus mengendong harta pusaka yang didalamnya penuh dengan senjata. Mari menuju ke medan perang. Tiada kata tiada suara, jalan berliku di redah juga!!!.........
Ooooiiiiii........ apa ko berangan tu?? cepat lah, dah pukul berapa ni......
Dalam keadaan terpinga-pinga baru ku sedar nak ke bengkel masak rupanya..
Kejap lah, nak ambil mood dulu....heeeeeee...... sambil senyum macam kerang busuk.. Ada macam masterchef tak aku?? sambil membetulkan baju dan memakai nametag.
Kalau aku juri, awal-awal lagi aku vote keluar..
Cehh...jeles la tu......... terus start enjin kereta dan menuju ke bengkel masakan.
Itulah gurauan senda pagi sebelum ke kelas amali. Lama sudah meninggalkan dunia kitchen. Hampir setahun lebih. Skill yang ada masih ingat ke tidak? Potongan yang dipelajari dahulu masih ingat ke tida?. Bahan-bahan masakan masih kenal ke tidak? Semua bermain dalam fikiran dan menjadi tanda tanya.
Pada amali masakan pertama ini kami telah ditugaskan untuk memasak makanan berasaskan snek dan mee. Seperti keputusan undian kami dikehendaki memasak makanan Samosa daging dan juga Mee goreng mamak. Kedua-dua makanan ini adalah tergolong daripada makanan kaum India.
Mahukan resepinya???? Sila ke ruangan resepi..
Sesi masak-memasak pun bermula. Terlebih dahulu, bahan kering dan bahan basah untuk kedua-dua resepi perlu diambil. Setelah itu perlu ditimbang untuk mendapatkan jumlah yang tepat dalam penggunaan masakan. Setelah semua bahan di ambil dan dibawa ke unit, pensyarah mula menilai. Perasaan takut menerjah kembali. Tapi dengan lagak yang cool, segala persoalan yang ditanya oleh pensyarah dijawab dengan penuh yakin walaupun sedar jawapannya salah..hahahaha.... Gelak dan tawa tidak penah hilang dalam kumpulan kami. Amali pertama ini agak kelam kabut sedikit, mungkin kerana lama meninggalkan semua ini. Tetapi tetap berjaya menghasilkan dua resepi yang telah diberikan.
Jom lihat gelagat kami................
Sebelum memulakan tugas.
Menjalankan tugas masing-masing
Suasana di dalam bengkel masakan
Sebelum dinilai
Semasa dinilai oleh sahabat-sahabat kami dan pensyarah
Inilah hasil air tangan kami setelah bertungkus-lumus untuk menyiapkannya.
sllu klo hari khamis je msti ad yg mggu mimpi sy..xlain xbukan geng2 kitchen la..hehe..almaklumla sy je yg free pd hri trsebut.wiiihuuuu :D yg xbestnye sllu d tgglkan sorang2..lma plak tu depa amali msk...oohhh jenggg~huk3~
ReplyDeletesdih dgr cite chesa.. bila kmi dh blik hati riang gembirakan... dapat mknn free... ye x???hehe
ReplyDelete