Apakah
gulai asam rong??????? Pasti anda tertanya-tanya tentang gulai ini. Gulai ini
sangat terkenal di negeri Pahang, lebih-lebih lagi ditempat lahir saya iaitu
daerah Jerantut. Bukan calang-calang orang yang pandai memasak gulai. Hal ini
kerana penghasilan gulai ini sangat rumit dan mengambil masa yang panjang.
Sesiapa yang mahu membuat gulai ini harus mempelajarinya daripada orang yang
telah mahir memasaknya. Bahan-bahan dan langkah-langkah memasak adalah seperti
dibawah.
Bahan-bahannya :
1. 1) 1 senduk asam rom
atau secukupnya.
2. 2) 1 ekor ikan sungai.
Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau
tengas
pun sedap juga. Daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan jangan kayu
atau batu udah le
3. 3) 1 inci kunyit hidup
4. 4) 1 daun kesum
5. 5) 20 biji lada atau
cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap
6. 6) Secekak pucuk Paku.
7. 7) 1 biji keledek.
Sedang-sedang besarnya.
8. 8) Terung pipit,
terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing.
Kalau tak
gemar tak payah bubuh
9. 9) Garam secukup rasa
10. 10)Kalau ada isi petai ke, jering
semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya
11)Air
secukupnya
Cara membuatnya :
1. .- Tumbuk kunyit, lada
dan asm rom tadi
2. .-Masuk dalam periuk
campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata
3. .-Kemudian masukkan
air bersama daun kesum dan biarkan seketika.
4. .-Kacau perlahan
menggunakan api sederhana kecil.
5. .-Apabila ikan masak,
masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing,
keladi dan kacang botol dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. .-Biarkan masak
seketika dan angkat.
Diperhangatkan Oleh,
@m@r @syr@f
0 comments:
Post a Comment