Subscribe:

Friday, 7 December 2012

Amali 7

Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah pemanis kata,
Semoga kalian sihat hendaknya,
Di samping orang tercinta.

Saban minggu ke saban minggu, kita semua telah melalui latihan amali dengan jayanya. Walaupun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, namun kita juga perlu berbangga dengan diri kita kerana mampu menyelesaikan tanggungjawab dengan baik.

Minggu ini merupakan minggu ke 12 sepanjang bergelar pelajar semester lapan. Sedar tak sedar, masih berbaki tiga minggu lagi (termasuk study week) untuk kita semua melabuhkan tirai sebagai pelajar di UPSI.
Apa pun, kenangan manis mahupun pahit yang lahir di UPSI ini, sematkan dalam hati sebagai memori terindah kerana kenangan itulah yang mematangkan kita untuk menjadi insan yang berguna.

Amali ke 7 pada minggu ini, kami sajikan dengan hidangan berkonsepkan makanan India. Kami unit lima ditugaskan menyediakan hidangan nasi lemon bersama kambing masala, vegetable soothie dan papad roll. Hidangan ini juga merupakan hidangan yang tidak pernah kami sediakan sebelum ini. Namun, berbekalkan resepi yang diberikan serta semangat sepasukan kami berjaya menyiapkan keempat-empat makanan India dengan jayanya.

Berikut, kami sertakan gambar hidangan India yang disediakan oleh kumpulan kami.


Nasi Lemon

Kambing Masala

Vegetable Soothie

Papad Roll

Hidangan India

 
Tata sajian hidangan India

Unit 5 -muka ceria selepas selesai tugasan-

Hidangan yang kami hasilkan ini tidaklah sesempurna mana kerana masih terdapat kelemahan yang kami perlu perbaiki. Antaranya ialah, nasi yang kami hasilkan lembik kerana meletakkan kuantiti air terlalu banyak. Selain itu, kambing masala yang kami sediakan juga mempunyai warna yang pucat. Punca daripada situasi ini yang dapat kami kenalpasti ialah, kami meletakkan santan dan kunyit terlalu banyak. keadaan inilah yang menyebabkan warna hidangan kambing masala terlalu kuning berbanding hidangan kumpulan lain.
Semua ini kami jadikan ingatan dan panduan untuk hidangan akan datang. ^_^

Sekian dahulu untuk kali ini..
Lain masa kita bertemu lagi..
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment