Subscribe:

Saturday, 15 December 2012

Amali 8

Assalammualaikum w.b.t

Bertemu untuk ruangan kali ini iaitu amali yang kelapan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Untuk cabaran minggu kelapan ini, kami ditugaskan untuk menyediakan masakan Thailand. 

Seperti sedia maklum masakan Thailand adalah merupakan makanan yang mempunyai rasa yang yang sangat ektsrem. Contohnya jika makanan tersebut rasa masam, maka memang masamlah rasanya. Jika pedas, memang pedaslah jawabnya. Bahan yang sering digunakan dalam masakan Thailand adalah seperti serai, halia dan daun limau purut. Masakan Thailand banyak menggunakan pes seperti pes kari hijau,pes kari kuning, pes kari merah dan juga pes kari mussaman. 

Pada minggu kelapan ini, kami telah mmenyediakan empat menu masakan yang dimakan bersama nasi putih. Antara menunya adalah Ikan Percik Thai, Chicken Coconut Tomyam (Tom Khai Gai), Kerabu Perut dan Mangga dan Asparagus Daging Hitam tetapi diubah menjadi Kacang buncis Daging Hitam. :-) 

Sepanjang penyediaan masakan ini, tidak terdapat sebarang masalah yang rumit, cumanya tidak cukup bahan. Bayangkan sebatang serai digunakan untuk tiga masakan...huhh.... Dashat ke tidak?? Tetapi itu hanya masalah kecil kepada kami. Penyelesaiannya mudah. Hanya berjimat-cermat. Apapun itu tidak menjejaskan kerja kami. Kami tetap berjaya menyelesaikan tugas kami. 

Antara komen yang kami terima setelah dinilai adalah :

Tatasajian
Semuanya tiada masalah.

Persembahan
Hiasan menarik tetapi tidak perlu banyak kerana menjejaskan rupa sesuatu menu.

Warna
Warna untuk kesemua masakan adalah tepat dan menarik. 

Rasa
Bagi menu ikan percik Thai, rasanya menepati citarasa. Manakala bagi kerabu perut dan mangga, kurang masin dan masam. Untuk rasa chicken coconut tomyam, kurang rasa masam dan terlalu rasa santan. Seterusnya rasa bagi kacang buncis daging hitam adalah secukup rasa. 

Tekstur
Untuk tekstur ikan percik yang dibakar adalah kurang masak kerana isi dan tulang ikan masih melekat dan isi masih kemerahan tetapi masih boleh dimakan. Tekstur untuk menu lain tiada masalah. 

Gambar akan menyusul kemudian atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Kami akan update kemudian. Apapun segala kelemahan akan kami perbaiki untuk kegunaan kami juga pada masa hadapan. Syukran.. :-)







  

0 comments:

Post a Comment