Subscribe:

Tuesday, 4 December 2012

Amali 6

Cepat sungguh masa berlalu. Sudah sampai kepada kelas amali yang keenam. Hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk menyelesaikan tugas seterusnya. Alhamdulillah, amali keenam ini juga berjaya seperti amali sebelum ini. Biasalah, setiap tugasan ade cacat-celanya, ada suka dan dukanya, ada skyjuice dan air kopinya. Semuanya harus dihadapi dengan tenang. 

Pada amali keenam ini kami perlu menyediakan set menu makanan Cina. Seperti semua sedia maklum, kami semua berbangsa Melayu dan hanya tahu makanan kaum Melayu sahaja. Tetapi itu tidak mematahkan semangat kumpulan kami untuk mencuba sesuatu yang baru. Ada juga makanan Cina yang kami kenal seperti kuih bulan, char kuey teow, pelbagai sup dan banyak lagi tetapi untuk cabaran kali ini, hidangan yang kami perlu sediakan adalah sweet and sour fish, stir fried vegetables, shark fin soup, solok tofu pok dan kesemua hidangan ini dimakan bersama nasi putih. Satu sahaja hidangan yang kami ketahui iaitu sweet and sour fish. 

Sebanyak lima hidangan yang kami perlu sediakan dengan hanya dua tenaga kerja pada amali kali ini. Salah seorang daripada ahli kumpulan kami mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lebih penting untuk memajukan sukan negara kita. :-) Tetapi tidak mengapa. Kami tetap bersemangat untuk menggalas cabaran kali ini. Sebelum melaksanakan cabaran ini, kami memerlukan strategi yang baik. Pertama sekali, kurang membuka mulut, jika dibuka panjang ceritanya. Kedua, tangan mesti sentiasa bergerak. Ketiga, kad memori otak mesti diformat dan perlu di'update' dengan perkara baru. Keempat kurangkan melancong ke stesen-stesen lain. Akhir sekali tanamkan dalam diri dengan kata-kata semangat. 

" Jangan lemah sebelum berjuang, jangan lari sebelum dapat baton " :-) 

Alhamdulillah, segala usaha kami berhasil. Kami berjaya menyediakan kesemua hidangan tersebut. Walaupun berjaya itu tidak bermakna apa yang kami hasilkan terbaik dan bagus. Terdapat juga beberapa kelemahan dan kesilapan semasa menghasilkan hidangan-hidangan ini. Antaranya rasa bagi stir fried vegetables dan tekstur bagi shark fin soup. Kedua-dua hidangan yang kami sediakan ini kurang memuaskan. Hidangan sweet and sour fish dan solok tofu pok kami mendapat respon dan komen yang positif. Alhamdulillah.

Apapun segala teguran kami terima dengan hati terbuka. Kami akan perbaiki segala kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan. Terima kasih atas tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan. Sebelum itu, lihatlah hasil air tangan kami. 



Shark fin soup


Solok tofu pok


Sweet and sour fish


Stir fried vegetables



Nasi putih


Hidangan yang kami sajikan untuk dinilai oleh pensyarah dan rakan-rakan. 

Syukran!! :-)



0 comments:

Post a Comment