Nama resepi :
Kuih
gulung (ketayap)
Porsi :
2
orang
Untuk
inti :
Kuantiti Bahan-bahan
150
g Kelapa
parut
100
g Gula
kabung
100
g Gula
pasir
5
g Daun
pandan
65
ml Air
Untuk
kulit :
Kuantiti Bahan-bahan
125
g Tepung
gandum
250
ml Jus
pandan
125
ml Susu
segar
1
biji Telur
5
g Garam
Cara penyediaan :
Untuk
inti :
1. Masukkan
gula pasir, gula kabung, daun pandan dan air ke dalam kuali dengan api yang
sederhana.
2. Setelah
gula pasir dan gula kabung sebati, masukkan kelapa parut dan kacau hingga
separa kering.
3. Angkat
dan ketepikan.
Untuk
kulit :
1. Ayakkan
tepung gandum dan garam bersama ke dalam mangkuk adunan.
2. Lubangkan
ditengah, kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
3. Kemudian
masukkan jus pandan dan susu segar sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga
adunan bater sebati tanpa ketulan.
4. Rehatkan
selama 10 minit untuk mengembangkan bater.
5. Setelah
itu, panaskan kuali leper dan gliskan dengan sedikit marjerin.
6. Tuangkan
sesenduk adunan mengikut sukatan ke dalam kuali leper dan lenggangkan kuali
tadi supaya adunan rata, nipis dan berbentuk bulatan.
7. Setelah
masak, angkat dan letakkan didalam dulang. Letakkan sedikit inti ditengahnya.
Kemudian lipat bahagian kiri dan kanan dan gulungkan dengan kemas.
8. Hiaskan
dan sedia untuk dihidang.
0 comments:
Post a Comment