Jika
sebelum ini saya telah menceritakan tentang cara pembuatan tempoyak, tetapi
pada hari ini saya ingin memperkenalkan anda dengan resepi yang sangat terkenal
di negeri Pahang dan Perak. Resepi yang ingin diperkenalkan ialah gulai
tempoyak ikan patin. Namun begitu, bukan ikan patin sahaja yang boleh dibuat
sebagai bahan utama dalam gulai tempoyak. Ikan-ikan lain termasuk ikan laut
juga boleh dijadikan gulai tempoyak. Bahan-bahan dan cara penyediaan gulai
tempoyak adalah seperti dibawah.
Bahan-bahan ( 4-5
orang )
·
10
ketul ikan patin (saiz sederhana)
·
3
ulas bawang merah (jgn byk,nanti xsedap)
·
1
cm kunyit hidup (xde, blh guna serbuk kunyit)
·
5
cm lengkuas
·
3
kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
·
15
tangkai cili padi ( xnk pedas,kurangkan )
·
10
tangkai daun kesum
·
3
keping asam gelugur @asam keping
·
5
sudu tempoyak ( lagi byk, lg sedap dan kuahnya pekat )
·
air
secukupnya ( nk kuah byk, msk air byk )
·
garam
secukup rasa
·
3
batang serai
Cara-cara
1.
Basuh
ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam
gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.
Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)
2.
Tumbuk
bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
3.
Masukkan
air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah
ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
4.
Masukkan
ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
5.
Selepas
itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.
6.
Biarkan
mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan
dihidangkan.
7.
Enak
dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.
Inilah
dia gulai tempoyak iakan patin. J
Diperhangatkan
Oleh,
@m@r @syr@f
0 comments:
Post a Comment