Nama
resepi :
Pau Kari Ayam
Porsi
:
2 orang
Untuk
inti :
Kuantiti
Bahan-bahan Alatan
2 biji Kentang Pisau
1 cawan Isi
ayam Kuali
1 camca besar Rempah kari daging Sudip
½ camca besar Rempah kurma
1 biji Bawang
besar (didadu)
2 ulas Bawang
putih
½ inci Halia
(ditumbut lumat)
Secukup rasa Garam dan gula
1 tangkai Daun kari
1 batang Kayu
manis
1 kuntum Bunga
lawang
½ cawan Air
2 helai Daun
bawang
Untuk
doh :
Kuantiti
Bahan-bahan Alatan
500 gram Tepung
pau Cawan
½ cawan Gula
halus Mangkuk
adunan
¼ camca besar Minyak jagung
1 ¼ cawan Air
6 gram Instant
yeast
Cara
penyediaan :
Untuk inti :
1.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,
tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia
hingga harum.
2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma,
kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang dan gaul rata.
3.
Biar mendidih dengan api kecil. Bila inti
pekat, tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
4.
Kacau hingga rata dan kering. Masukkan hirisan
daun bawang dan gaul rata. Sejukkan selepas dimasak.
Untuk
doh :
1. Satukan gula dengan air, kacau hingga
gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul
sehingga sebati.
2.
Tuang bancuhan air dan gula tadi sedikit
demi sedikit sambil digaul hingga mnedapat doh yang tidak melekat di mangkuk. Keluarkan
doh, tabur sedikit tepung dan uli 10-15 minit hingga mendapat doh yang kenyal.
Untuk pau :
1.
Keluarkan doh. Bagikan doh pada beberapa
bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram dan bulatkan.
2. Ambil satu bahagian, leperkan dan isi
dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulatkannya. Letak atas kertas pau
atau daun pisang.
3.
Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar
naik selama 30-40 minit. Kukus selama 10-15 minit dengan api besar. Sejukkan
sebentar sebelum dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment