Subscribe:

Friday 14 December 2012

Japanese Event




Assalamualaikum……
            Semalam saya sudah ceritakan tentang masakan Jepun kepada anda. Maka, anda telah mengetahui asal usul makanan Jepun dan ciri-ciri masakannya. Harap input-input tersebut berguna pada anda semua.

            Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika menyediakan makanan Jepun untuk sebuah program yang besar di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Program tersebut ialah Program Pertukaran Kesenian Malaysia dan Jepun. Program tersebut juga telah dihadiri oleh YAM Raja Dato' Seri Azureen yang merupakan anak kepada Sultan Perak dan beberapa orang diplomat dari negara Jepun. Saya bersama rakan saya Hawari Wanik diminta untuk membantu pensyarah-pensyrah kami iaitu Puan Nora, Cik Emilin, En Ahmar dan Encik Nazri dalam menyediakan juadah untuk santapan Diraja. Lebih mencabar lagi kerana saya da Hawari diminta untuk menghidangkan hidangan kepada YAM Raja Dato' Seri Azureen. Kami hanya menurut perintah, walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam Catering pada ketika itu.

Berikut merupakan hidangan yang kami sediakan untuk santapan Diraja. Alhamdulillah, YAM Raja Dato' Seri Azureen sangat menyukai dengan hidangan yang disediakan.



                                                                                                                                                                                                   
                                                                                                          Diperhangatkan Oleh,
                                                                                                               @m@r @syr@f

0 comments:

Post a Comment