Lewatnya kau hadir,
Lewatnya kau muncul,
Lewatnya kau terbit,
Tapi ku kan tetap setia menantikanmu,
Menanti dengan penuh kesabaran,
Biarlah kau hadir dengan ikhlasnya,
Biarlah kau hadir dengan pembuka kata yang hebat,
Biarlah kau hadir dengan bicara yang bernas,
Biarlah kau hadir dengan kata-kata penuh makna,
Dimanakah engkau,
Janganlah bersembunyi dalam fikiran ku,
Keluarlah,
Tunjukkanlah dirimu yang sebenar,
Keluarlah,
Tunjukkanlah dirimu yang sebenar,
Oohhhh............. IDEA.......
Suspen tak?? haha... Huhhhh.... Bagi ayat puitis barulah idea muncul dan terbit. Kadang-kadang untuk mengeluarkan kata-kata bukan mudah. Bukan hanya dari otak turun ke mulut, tetapi dari otak perlu straight turun ke hati, kemudian U-turn ke mulut dan barulah boleh dilontarkan. :-)
Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi kisah hidup saya yang dari kecil telah diasuh mencari rezeki dengan menjual rezeki. Macam pelik pula bunyinya. Kenapakah saya berkata mencari rezeki dengan menjual rezeki?? Seperti yang kita tahu, makanan adalah salah satu rezeki yang diberi oleh ALLAH S.W.T kepada kita selain kerjaya, kewangan, keluarga dan sebagainya.
Sejak dari bangku sekolah lagi saya telah membantu my mother and my father berniaga. Bukanlah berniaga secara besar-besaran tetapi hanya kecil-kecilan. Semuanya bermula daripada MAKANAN iaitu rezeki yang dijual untuk mencari dan mendapatkan rezeki yang lain.
Masih segar diingatan saya, saya pernah menolong ibuku menjual laksa. Sewaktu itu, ibu dan rakannya berkongsi tempat menjual laksa di kantin Sekolah Agama Rakyat. Kadang-kadang saya datang membantu walaupun waktu itu saya masih di tadika walaupun banyak main sebenarnya bukannya tolong sangat.. :-) Inilah contoh laksa utara yang dijual.
Bermula di sekolah rendah saya membantu ibu menjual kerepek-kerepek yang dibuat sendiri oleh ibuku. Antaranya kuih siput yang mendapat permintaan yang tinggi oleh rakan-rakan dan juga guru. Dengan hasil sebungkus hanya RM 0.20 a.k.a dua kupang itulah rezeki yang saya dapat untuk membantu ibu. Ada yang tidak kenal dengan kuih siput?? Inilah dia....
Selain itu, saya juga pernah menjual kuih peneram. Ini ibuku ambil secara tempahan. Jadi saya lah yang menjadi tukang hantar rumah ke rumah si penempah-penempah. Banyak juga cabaran ini. Kenalkan dengan kuih peneram? Ini dia....

Kuih siput

Kuih peneram. Tapi sekarang ibuku selalu buat menggunakan acuan bunga. Nampak lebih menarik walaupun hitam. Hitam itu menawan. :-)
Makanan seterusnya yang menjadi rezeki kami sekeluarga adalah dengan menjual ikan pekasam. Sebab tu ruangan yang lepas saya menceritakan tentang ikan pekasam. Ikannya dijala dan dimancing sendiri oleh ayah dan ibu serta kami anak-anak. Kemudian prosesnya ibuku sendiri. Gambarnya boleh di lihat di sini.
Oppsss.... sebelum itu lagi satu makanan yang saya pernah jual disekolah adalah ais krim Malaysia. Saya pergi ke sekolah sambil membawa pelas air supaya ais krim tidak cair. Anda tahu? Inilah dia....
Ais krim Malaysia yang pelbagai warna dan perisa. Sampai rosak pintu peti ais dok bukak tutup. :-)
Apabila meningkat ke alam remaja, di sekolah menengah, saya tinggal di asrama. Saya juga berniaga dengan kaedah pergi dorm ke dorm sambil melontarkan kata-kata "kerepek!! kerepek!!! :-) Setiap minggu ibu dan ayah akan menghantar bekalan untuk dijual jika habis. Ini salah satunya ............
Popia gulung pedas. 5 kupang sebungkus ye.. :-)
Itulah zaman kanak-kanak dan remaja saya yang sudah diasuh mencari rezeki dengan menjual rezeki. Ehh.. tak habis lagi. Ini baru zaman kanak-kanak sampai di tingkatan lima. Jangan dilupakan zaman di tingkatan enam.
Zaman ditingkatan enam sudah maju. Jadi saya membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Semuanya bermula sejak saya habis SPM dan bercuti panjang. Bekerja diluar tidak dibenarkan oleh ayah, jadi inilah inisiatif yang diambil oleh ayah agar anaknya tidak merasa bosan dirumah. Ayah membelikan saya satu pondok menjual burger yang dijual oleh rakannya disebabkan saya terlalu minat dengan perniagaan. Pondok burger itu diletakkan di hadapan rumah. Bermulalah pekerjaanku sebagai penjual roti john, burger dan ais batu campur (ABC). Usaha ayah dalam mencari resepi inti roti john sangat berbaloi. Terima kasih ayah. Alhamdulillah sepanjang perniagaan ini dijalankan saya berasa sangat seronok dan berpuas hati. Hasilnya??? manyak untong OOoo!!!! :-) Manakan tidak, siap boleh beli peti ais yang boleh menyimpan barang sejukbeku dengan kuantiti yang banyak dan juga mesin ais kacang. Sebelum ini, guna mesin yang kecil saja. Sehinggalah saya masuk ke tingkatan enam tetap meneruskan bisnes saya ini. Pulang sahaja dari sekolah saya berehat sebentar dan pukul 3 petang bermulalah persiapan untuk membuka gerai pada pukul 5 petang sehingga 11 malam. Ibu, ayah dan adik beradik juga turut membantu jika mereka ada kelapangan. Tetapi semua ini terpaksa dihentikan kerana selepas tamat tingkatan enam saya menyambung pengajian. Inilah pengalaman yang banyak mengajar saya erti kesusahan.
Sebenarnya banyak lagi jenis makanan yang saya pernah jual. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Ayah dan ibu tidak pernah memaksa untuk saya buat semua kerja ini, tetapi saya yang minta sendiri untuk lakukan agar saya tahu dan kenal erti kesusahan yang ibu dan ayah saya usahakan selama ini. Semua yang saya lakukan dalam keadaan seronok dan enjoy tanpa pernah merungut sedikitpun.
Semuanya bermula daripada MAKANAN.
Terima Kasih MAKANAN.
SYUKRAN!!
Coretan
Noorhamimi Awang
0 comments:
Post a Comment