Subscribe:

Thursday, 4 October 2012

Makanan Thailand


Masakan Thailand kebanyakannya pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagaian adalah penting dalam masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan iaitu pedas, masam, manis, masin, dan pahit.

Antara contoh menu hidangan masakan Thailand : 


Tomyam Thai



Makanan Melayu



Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.


Nasi lemak


Nasi kerabu


Tepung pelita


Aku seorang bakal Chef


Sebening subuh, laungan azan bergema. Bangun dan menuju ke kamar mandi. Sejuknya titisan air. Titisan air diambil dan membasahkan mata. Baru sedar, di alam nyata rupanya. Setelah selesai semua, baju chef yang telah diusap manja tergantung minta dicapai. Lalu diambil dan disarungkan. Wangian lavender mula menerjah di segenap hujuang kamar. Aura masterchef tiba-tiba muncul. Kekuatan kembali. Dengan ayunan kaki melangkah, dengan semangat baru dibawa, dengan jiwa yang membara , terus mengendong harta pusaka yang didalamnya penuh dengan senjata. Mari menuju ke medan perang. Tiada kata tiada suara, jalan berliku di redah juga!!!......... 

Ooooiiiiii........ apa ko berangan tu?? cepat lah, dah pukul berapa ni...... 

Dalam keadaan terpinga-pinga baru ku sedar nak ke bengkel masak rupanya.. 

Kejap lah, nak ambil mood dulu....heeeeeee...... sambil senyum macam kerang busuk.. Ada macam masterchef tak aku?? sambil membetulkan baju dan memakai nametag. 

Kalau aku juri, awal-awal lagi aku vote keluar.. 

Cehh...jeles la tu......... terus start enjin kereta dan menuju ke bengkel masakan. 

Itulah gurauan senda pagi sebelum ke kelas amali. Lama sudah meninggalkan dunia kitchen. Hampir setahun lebih. Skill yang ada masih ingat ke tidak? Potongan yang dipelajari dahulu masih ingat ke tida?. Bahan-bahan masakan masih kenal ke tidak? Semua bermain dalam fikiran dan menjadi tanda tanya. 

Pada amali masakan pertama ini kami telah ditugaskan untuk memasak makanan berasaskan snek dan mee. Seperti keputusan undian kami dikehendaki memasak makanan Samosa daging dan juga Mee goreng mamak. Kedua-dua makanan ini adalah tergolong daripada makanan kaum India. 

Mahukan resepinya???? Sila ke ruangan resepi.. 

Sesi masak-memasak pun bermula. Terlebih dahulu, bahan kering dan bahan basah untuk kedua-dua resepi perlu diambil. Setelah itu perlu ditimbang untuk mendapatkan jumlah yang tepat dalam penggunaan masakan. Setelah semua bahan di ambil dan dibawa ke unit, pensyarah mula menilai. Perasaan takut menerjah kembali. Tapi dengan lagak yang cool, segala persoalan yang ditanya oleh pensyarah dijawab dengan penuh yakin walaupun sedar  jawapannya salah..hahahaha.... Gelak dan tawa tidak penah hilang dalam kumpulan kami. Amali pertama ini agak kelam kabut sedikit, mungkin kerana lama meninggalkan semua ini. Tetapi tetap berjaya menghasilkan dua resepi yang telah diberikan. 

Jom lihat gelagat kami................


Sebelum memulakan tugas. 




Menjalankan tugas masing-masing


Suasana di dalam bengkel masakan





Sebelum dinilai


Semasa dinilai oleh sahabat-sahabat kami dan pensyarah




Inilah hasil air tangan kami setelah bertungkus-lumus untuk menyiapkannya.











Makanan India

Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah. Kita dapat lihat setiap masakan India mesti menggunakan rempah. Contohnya, kari ikan, kuah roti canai, vadai, dan banyak lagi.

Teknik hidangan bagi kaum India juga berbeza. Mereka banyak menggunakan peralatan berasakan tin dan juga daun pisang. Masakan India kebanyakannya pedas.  

Antara contoh menu masakan India :


Nasi kandar yang begitu popular di restoran mamak. 


Tosei - makanan yang berasakan beras dan nasi dan dihidang bersama kuah dal sebagai pencicah.


Mee goreng mamak - yang sangat popular dalam kalangan orang melayu juga.


Kuih Vadai - bahan utama adalah kacang dal dan rempah ratus seperti jintan. 

Makanan Cina


Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor. 

Dalam aspek makanan, kaum cina lebih mengutamakan makanan bersup dan bubur seperti sup ayam, sup sayur, bubur nasi dan sebagainya. Rasa pada makanan agak kurang pedas tidak seperti kaum India dan kaum Melayu. Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan di olah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char kway teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Terdapat beberapa contoh makanan cina yang terkenal di Malaysia adalah seperti char kway teow, lok lok, bak kut teh dan sebagainya.


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.

                                                                                               


Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih di jual dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.





Makanan cina juga terkenal dengan makanan yang berupa sup seperti sup ayam, daging, sayur dan juga sup herba. Sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu. Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secawan teh China.