Subscribe:

Wednesday 28 November 2012

Khasiat Minyak Bijan & Biji Bijan


Hai semua..bersua kembali dalam coretan East Style..
Kali ini, saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang khasiat minyak bijan dan biji bijan..

Sebelum itu, tanya diri anda semua dahulu adakah anda mengenali apa itu bijan?
Jika anda tidak pernah melihat dan mengenali apa itu bijan, jom kenali bijan melalui gambar dan input di bawah.

Biji bijan 

Pokok bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan manusia. (Dengan kata lain ia mampu mengikis usus perut kita).

Pokok bijan

Terdapat 3 jenis biji bijan di dunia ni iaitu hitam, putih dan merah. Antaranya ialah:

Jenis Bijan Hitam

Dapat menghasilkan kualiti minyak yang  terbaik.
- Amat sesuai untuk tujuan perubatan.
Jenis Bijan Putih
Kaya dengan kalsium.
- Amat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah kekurangan kalsium.
Jenis Bijan Merah
- Kaya dengan zat besi.
- Biji-bijian bijan ini kaya dengan vitamin A dan E, protein dan lemak.
- Juga mengandungi 55% minyak yang amat popular dalam masakan cina.

Khasiat Minyak Bijan

- Mampu melegakan dan melembutkan kulit.
- Boleh dijadikan tonik berkhasiat.
- Sebagai ubat julap.
- Sebagai ubat diuretik (ubat yang dapat mempercepatkan pembentukan urin).
- Menghitamkan rambut.
- Mengatasi masalah rambut kering.
- Masalah rambut beruban.
- Mampu menguatkan tubuh badan.
- Baik untuk hati dan limpa manusia.
- Sebagai bahan ganti untuk minyak zaitun untuk kegunaan luar.
- Sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.


Tidak dapat dinafikan bijan mempunyai banyak kegunaan selain digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih-muih. Ramuan yang dihasilkan daripada daun dan akar pokoknya juga boleh dijadikan sebagai pencuci rambut.
_____________________________________________________________________________
Merawat Penyakit Buasir
- Hancurkan biji bijan, campurkan dengan air dan mentega lalu diminum.
- Amat sesuai bagi mereka yang mengalami buasir berdarah.

Sebagai Alat Tuaman

- Panaskan biji bijan dan bungkuskan dalam kain, tuam ditempat yang sakit.

Masalah ulser,Terbakar dan Melecur

- Campurkan minyak bijan dengan air limau dan sapukan ditempat sakit.

Penyakit Anemia (kurang darah)

- Rendam biji bijan hitam dalam air suam selama beberapa jam.
- Kemudian keringkan dan digiling halus.
- Campurkan 1 sudu kecil serbuk biji bijan hitam bersama segelas susu.

Masalah Disenteri & Diarea (Cirit-birit) yang kronik
- Ambil 2 sudu bijan dan goreng tanpa minyak.
- Kisar halus sehingga menjadi serbuk.
- Campurkan dengan 1 sudu minyak sapi (ghee).
- Bahagikan kepada 3 bahagian.
- Campurkan 1 bahagian dengan susu kambing panas.
- Minum 3 kali sehari selama 6 hari.

Penyawar Sakit Haid
- Biji bijan digoreng tanpa minyak.
- Kisar halus sehingga menjadi serbuk.
- Campurkan 1 sudu teh serbuk bijan dengan air panas.
- Minum 2 kali sehari.

Hilangkan kelemumur

- Basahkan rambut.
- Ambil serbuk biji bijan dan lumurkan di kepala seperti menggunakan syampu.

____________________________________________________________________________

Sekian sahaja untuk coretan kali ini..Sama-samalah kita manfaatkan khasiat minyak bijan dan biji bijan.
Bersua kembali dan nantikan coretan seterusnya di lain masa.^_^

Akhir kata daripada saya, buat renungan kita bersama :

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar/ berpengaruh sekalipun.


CORETAN SAYA,
MASTHURAH BINTI MUHAMMAD

Friday 23 November 2012

Amali 5

Assalammualaikum w.b.t

Anda luar biasa hebat pada hari ini??? alhamdulillah.. Selesai sudah kelas amali yang kelima. Pada minggu kelima ini kami dikehendaki menyediakan menu set makanan Melayu iaitu nasi tomato yang dihidangkan bersama ayam masak merah dan acar rampai. Selain itu, kami juga  menyediakan menu pembuka selera iaitu rojak buah. 

Seperti yang sedia maklum, hidangan Melayu merupakan hidangan yang mempunyai pelbagai rasa. Manis, masam, masin dan juga pedas. Menu hidangan Melayu juga mempunyai pelbagai warna. Mari kita kenali satu persatu hidangan yang kami telah sediakan. 

Hidangan............emmmmmmm..... (alamak idea hilang, atien maravilla kaco...huhhh... buat debo je.....hahaha......) sambung balik ye....

Hidangan yang pertama adalah nasi tomato yang telah dimasak oleh Masthurah. Semasa menyediakan nasi tomato, terdapat beberapa perkara yang menjadi kekeliruan kepada kami. Kami mengikut setiap langkah-langkah didalam resepi dari mula hinggalah habis. Kami keliru dengan kuantiti air yang diperlukan. Mengikut resepi, kuantiti air yang digunakan sebanyak 100 ml. Tetapi apabila kami mengikut sukatan tersebut, nasi masih mentah. Jadi kami tambahkan kuantiti air. Mungkin kami terlebih menambah air, nasi menjadi agak lembik. Tekstur nasi juga agak hancur mungkin kerana kami terlalu mengacaunya bagi mengelakkan nasi berkerak atau hangit dibawahnya. 

Masakan seterusnya adalah ayam masak merah. Alhamdulillah, masakan ayam masak merah menjadi setelah diperbaiki rasanya. Pada mulanya, ayam masak merah yang disediakan sangat pedas. Tetapi atas nasihat dan tips dari pensyarah kami gunakan untuk memperbaiki rasa ayam masak merah tersebut. Caranya kami mainkan antara garam dan  gula agar mendapat rasa yang seimbang dan yang diinginkan. 

Seterusnya adalah kami menyediakan acar rampai. Apa yang diperlukan dalam membuat acar rampai ini adalah saiz potongan lobak merah dan timun perlulah sama. Kemudian kami rendamkan dengan ais bagi mengekalkan kerangupannya sebelum dimasak. 


Inilah hasil hidangan kami setelah bertungkus-lumus menyediakannya. Persembahan seperti hiasan di atas nasi iaitu taburan daun bawang tidak diletakkan pun tidak mengapa. Taburan bawang goreng sudah memadai kerana sudah terdapat warna hijau iaitu daun pisang dan taburan daun bawang pada ayam masak merah. 



Hidangan pembuka selera pula adalah rojak buah. Antara buah-buahan yang digunakan adalah nanas, mangga, sengkuang dan timun. Apa yang utamanya dalam rojak buah ini adalah kuah rojak tersebut. Kuah rojak yang kami telah sediakan sangat pedas dan warnanya agak merah. Mungkin terlalu banyak cili kering yang digunakan. Walaubagaimanapun, kami jadikan kelemahan ini sebagai pengajaran kepada kami supaya selepas ini kami dapat perbaiki serta lebih fokus dan peka terhadap rasa, tekstur, rupa, tatasajian dan juga persembahan makanan kami. Terima kasih segala tunjuk ajar daripada pensyarah. :-)


Kuah rojak ketika dimasak


Rojak buah yang sudah sedia untuk dihidang

Tatasajian


Terdapat beberapa kesalahan iaitu :

1.  Sudu yang digunakan untuk pembuka selera iaitu rojak buah adalah salah.
2. Piring yang digunakan untuk rojak buah adalah salah. Perlu menggunakan piring bulat  bukan piring bujur. 





Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa kelemahan, kami tetap berjaya menyelesaikan tugasan kami ini. Apa yang penting??? KERJASAMA!!!! ehh.... ada pula yang menyaut...hahaha.... Jumpa pada amali berikutnya. Jaga diri., jaga mata, jaga hati... 






Wassalam... :-)


Oh keropok lekor..sedapnya dimakan begitu sahaja..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan coretan "EAST STYLE"..

Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang penghasilan keropok lekor. Sebelum itu, kita berkenalan dulu sedikit maklumat berkenaan keropok lekor..

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Terengganu. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut bersama campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi serta kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor makin diketengahkan di beberapa negeri lain.
Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok akan berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Berikut merupakan beberapa gambar keropok lekor yang direbus dan digoreng :


______________________________________________________________________________________________
BAHAN-BAHAN:
Ikan tamban atau selayang
Tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan

CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan ikan.
Asingkan tulang dan isinya.
Mesinkan isi ikan sehingga hancur.
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu.
Masukkan tepung sagu.
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras.
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang.
Panaskan air hingga mendidih.
Masukkan keropok lekor.
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air. 

__________________________________________________________________________________

Untuk membuat keropok lekor anda boleh menggunakan ikan tamban.


atau ikan selayang



TIPS
Sukat dengan menggunakan acuan yang sama.
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik.
Tambahkan air batu jika adunan terkeras.
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng.
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng.

_________________________________________________________________________________
CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHAN
1 cawan air asam jawa
2 cawan cili kering yang siap dimesin
1 cawan gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MENYEDIAKAN
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam mangkuk adunan.
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat.
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung.
__________________________________________________________________________________



Saya harap dengan perkongsian dapat membantu anda semua mengetahui tentang keropok lekor dari pengenalan sehinggalah langkah menyediakannya.
Keropok lekor boleh didapati di mana-mana sahaja bukan sahaja di negeri Terengganu malah di kesemua negeri lain di Malaysia.
Keropok lekor juga merupakan hidangan yang berprotein tinggi kerana mengandungi kandungan protein ikan yang banyak. Saya juga yakin jika anda memakan keropok lekor yang betul-betul mengandungi banyak isi ikan berbanding tepung kanji, anda pasti akan kenyang sama seperti anda makan nasi.
Bagi yang betul-betul meminati keropok lekor, cubalah membuatnya sendiri mengikut resepi yang diberikan.

Bertemu lagi kita di ruangan yang akan datang..Wassalam..^_^

Seikhlas coretan,
Masthurah Binti Muhammad

~Cinta yang hakiki adalah cinta daripada ILAHI..Cinta sesama manusia pasti tidak akan kekal tapi membahagiakan jika dimaknakan dengan restu ILAHI..~

Ikan Pekasam Bondaku (PART 2)

Assalammualaikum w.b.t ... 

Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dalam ruangan ini. Sebelum itu, saya terasa ingin berpantun pula. Kalau boleh balas silakan.. :-) 

Dalam ungkapan ada katanya,
Dalam bicara ada manisnya,  
Dalam makanan ada rasanya, 
Tepi hidangan ada tukang perabihnya...
hahaha... :-)

Ini kes tak tahan dengan wangian ikan pekasam bondaku. Ruangan lepas saya telah ceritakan resepi dan cara penyediaan ikan pekasam. Untuk ruangan kali ini, seperti yang telah dijanjikan, saya ingin berkongsi kepada anda semua ikan pekasam yang telah siap digoreng dan juga dihidangkan. Tetapi sebelum itu, saya ingin tunjukkan dahulu beras yang telah digoreng dan juga telah ditumbuk. 


Beras yang telah ditumbuk. 

Seterusnya saya ingin tunjukkan pula ikan pekasam yang belum digoreng. Inilah dia...


Beras dan garam akan bersalut pada ikan setelah beberapa hari. Tetapi mesti ingat, jika inginkan ikan pekasam tahan lama, ikan tersebut perlulah dicuci dengan bersih sebelum "dipekasamkan". Jika tidak, ikan akan berulat semasa ia disimpan. Rasa masam pada ikan adalah terhasil daripada asam keping yang dicampur sekali. Ikan pekasam ini tidak perlu dibasuh jika ingin menggoreng. Hilanglah kesedapannya. Beras hancur pada ikan pekasam itulah yang menaikkan kelazatan, keenakan dan kewangiannya. Jadi, jika sudah yakin ikan pekasam anda menjadi, bolehlah digorengkan dan hasilnya WAHHHHHHH!!!!!!!!........



Awat dok ternganga tu?? tutup mulut tu....... nak la tu...hehe.. :-)

Ikan pekasam yang telah digoreng bersama cili kering dan bawang merah yang dihiris. 
Inilah hasil air tangan ibondaku yang asli. 

Walaupun rupamu tidak secantik pavlova, tetapi rasamu tetap menjadi pujaanku..haha.... :-)

Apapun selamat mencuba!!

Sebelum itu, sedikit kata-kata nasihat untuk anda dan diri saya juga. Setiap manusia ada kelemahannya. Setiap manusia ada kelebihannya. Macam ikan pekasam ini juga. Ada kelemahan dan kelebihannya. Rasanya sedap, tapi rupanya tidak menarik. Semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk perbaiki yang lemah, dan perbaiki juga yang baik agar menjadi lebih baik. Syukran.. :-)




Chef : Bonda tercinta
Hiasan : Adik tersayang
Photographer : Adik tersayang


Coretan, 
Noorhamimi Awang